CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 24 December 2008

Day 7

7 days to go..

Aktiviti sama jer seperti selalu...nak keluar mana-mana pun malas !
Hari ni masak macam-macam,semua sikit-sikit...

Aku buat kuih rengas, beehoon goreng, dan Kari Ikan Tenggiri...Pas tu terajin skit aku pun buat Jelly caramel dan Marshmellow..tapi bebudak dalam rumah ni bukan 'pemakan' sangat, Jelly Caramel pulak tak kena dengan taste anak-anak ...akhirnya tersadai semua makanan. frust sungguh!

Aku pun tak selera nak makan..memang sejak sebulan dua nih tak selera sangat nak makan, kata orang setakat makan untuk hidup jer. tak sungguh-sungguh.

Cuit kuih sikit ker, roti sikit ker dan kadang-kadang sambil suapkan Icha aku suap nasi sesuap dua kat molot dah rasa kenyang....Agaknya dah jemu dengan masakan sendiri, dah naik pening hari2 memikir apa nak masak.."Apa nak masak"..itulah yang aku lagukan tiap-tiap hari!

uiksss...tak sukanyeeee!!!
Idea dah makin tak ada...

1 comments:

azreen said...

alahai sian nye kak....harus ade teman ajak makan kan...mesti laju je nnti....nnti2 kalau abg rizal balik minta la dia masakkan utk akak pulak....hehehehe