CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 28 December 2008

Day 11- Kisah Ryan

8 days to go

Hari ni nak cerita sikit kisah anak sulung aku, Ryan Ikmal...
Aritu aku ada cakap nak tempek gambar-gambar dia wat kraf, tapi tak berkesempatan nak letak kat sini sebab semua kraf origami yang dia buat dah hancusss,
biasalah bebudak ...lepas buat main,
dah jemu sepah-sepahkan...aku yang sakit mata ni pungut semua terus campak dalam tong sampah!

So, sekarang ni musim dia melukis pulak...
melukis ni memang minat dialah sejak kenal dengan alat tulis...
masa aku pulang ke Malaysia bercuti 6-7 bulan lepas, ...
kami balik bercuti agak lama jugak, aku rasa bersalah biarkan dia duk rumah tanpa buat apa-apa,
so..aku tumpangkan dia di sekolah rendah berhampiran rumah MIL lebih kurang 2 bulan jugak dia bersekolah kat situ.

Ryan memang tak ada pengalaman bersekolah rendah di Malaysia...
suasana pembelajar di Malaysia memang sangat-sangat asing bagi dia...
di Malaysia murid-murid sekolah ada buku nota dan buku latihan sendiri mengikut matapelajaran,
tapi di UK ni cuma kertas-kertas hands out jer yang cikgu bekalkan...
kat sekolah pun semua cikgu pakai power point tak kiralah cikgu Infant hinggalah sekolah menengah...
mula-mula tu memang dia agak janggal jugak, tambahan pula nak join kawan-kawan berebut-rebut beli makanan di kantin.

Dalam masa 2 bulan dia bersekolah tu, aku dan hb tak mengharapkan apa-apa,
aku cuma nak bagi exposure kat dia sahaja,
sekurang-kurangnya dia tahu macam mana suasana sekolah di Malaysia...

Tapi, suatu hari tu guru kelas dia komplen kat hb aku...
dia kata
"anak cik ni tak buat kerja sekolah yang saya bagi...habis buku dia lukis karton"...

uiksss...terkejut juga lah kami. tak terfikir pulak aku nak pesan supaya dia ikut arahan yang cikgu bagi, yer lah kan..
kalau cikgu suruh salin apa yang ada kat papan hitam kenalah salin...

rupanya dia tak tau! kat sekolah UK ni tak pernah salin-salin apape...cuma isi tempat kosong yg di sediakan jer,
Cikgu kat sekolah tu pulak anggap dia dah tau semua hal sekolah , lepaskan Ryan buat kerja macam tu jer...eheheheh.

Bila aku check buku latihan dia memang penuh dengan kartun power Rangers, spiderman, Transformer dan tah hapa-hapa lagik...Power Ranger pulak ada macam-macam jenis, power Ranger mistic four lah..power Ranger rhinosourus lah...alahai, macam-macamlah.

Nak tergelak pun ada bila ingatkan kisah tu, tak boleh nak marah dia gak sebab dia memang tak tau...ntah-ntah bila cikgu cakap"salin" pun dia tak faham apa maknanya. Dia pulak pantang jumpa kertas kosng asyik nak melukis jer kerjanya

Kalau tengok dia buat karangan Bahasa Melayu, kelakar betul!
sebijik mentranslate dari English ke BM...ekekek.
Risau pun ada jugak, tapi dah terlanjur dia duk kat UK biarlah dia kuasai english ni dulu.
Nanti bila dah balik Malaysia nanti harap harap dia dapat catch up balik apa yang dia dah tertinggal...

Berbalik kepada cerita tadi...
sekarang ni musm dia tengah asyik melukis,
tadi sempat jugak aku curi-curi snap gambar hasil kerja yg dia buat petang tadi...
Aku pernah intai-intai habbit dia bila mengadap PC sebelum nih...rupanya
sambil dia tengok kartun Transformer menerusi Youtube tu sambil dia melukis...sesekali dia "pause"kan cerita tu then melukis part -part yang dia nak tiru then sambung semula tengok cerita tu...

Collage80
sebelah kiri~ Spiderman, setiap karektor spiderman yang dia lukis adalah berbeza, bukan spiderman yang sama...perbezaan yng ditunjukkan kat situ dari warna costum dan mimik muka.

Sebelah kanan~ Transformer, macam-macam jenis transformer dan namanya sekali..ada yang original dari apa yang dia tengok dan ada yang dah diubah suai..


Lukisan dia memang detail, cikgu sekolah dia pun cakap macam tu,
benda yang kecik-kecik pun di ambil kira...kalau tengok kemahiran melukis yang dia ada, Ryan ni cenderung ke arah teknikal drawing dan grafik...
Kalau dah itu minat dia aku redha, dan aku akan galakkan dia untuk menjadi yang terbaik...tapi yang geram tu apa yang aku cakap atau idea yang aku bagi semua tak betul sebab cikgu dia cakap lain, cikgu dia jugak yang betul...dia tak hengat ker yg mak dia nih cikgu seni...!!

1 comments:

azreen said...

muahahahaha....sianla kat mama dia...mmg budak2 ni lebih percaya kat cikgu diorg daripada cakap kita kan kak.....padahal mama dia tu cikgu lagi....hehehehe