CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 11 December 2008

Coretan hatiku yang brutal!!

Semalam, lega betul rasa hati ni ...semua yang terbuku dalam dada ni dah aku luahkan pada seseorang(dlm email jer..huhuhu)..lepas ni aku tak kisah apa nak jadi jadilah!!

Mulanya semalam aku rasa bersalah jugak buat macam tu. Tapi kadang-kadang kita kena juga bersuara demi untuk membersihkan imej kita yang dah tercalar!!

Errmmm...jahat ker aku? tapi kalau asyik nak fikirkan perasaan orang lain hinggakan diri sendiri tertekan aku rasa cukup-cukuplah!! aku dah tak larat .

Kesian tengok hb aku yang paling teruk sekali tertekan dalam situasi ini..hilang selera makan, sukar tidur malam, turun berat badan, dah tak happy macam dulu, itu semua tanda-tanda tekanan perasaan!!! Memang tak boleh jadi, sebab tu aku buat cenggitu...

Bukan kerana studynya tapi gara-gara perbuatan kawan-kawan. Nasib baiklah ada lagi beberapa orang kawannya yang begitu memahami...

Kami dah tak ada hati nak tinggal kat sini, kami nak pindah!!! yup..pindah lagi. Kalau jadi pindah bermakna ini rumah yang ke 4..banyakkan??..huhuhu!! dulu kami pindah randah sebab nak dapatkan rumah yang baik dan selesa untuk study hb dan anak-anak...sekarang kami dah dapat rumah yang selesa, lain pulak jadinya..!! Kami terpaksa pindah, bina hidup baru...yang penting minda kami tak tertekan...apa yang berlaku sejak 6 bulan lepas adalah sejarah hitam bagi kami. Kami tak nak ingat langsung ataupun melihat kelibat yang boleh mengingatkan kami dengan kisah yang meracau benak kami!!

Tapi, kesian jugak dengan kawan-kawan yang baik dengan aku kat sini..kerana seorang dua , aku buat macam ni kat diaorang...Aku harap diaorang faham kenapa aku terpaksa pindah ..Aku dah cuba untuk mengalah, bersabar dan berdiam diri, dalam sejak 6 bulan lalu tapi hasilnya tetap sana... Sebab tu aku terpaksa bersuara!

Sekarang apa yang aku fikirkan...lantaklah apa nak jadi!! dunia allah ni besar, aku boleh pergi mana yang aku nak!!! Kalau ikut hak kemanusiaan, memang aku ada hak untuk bersuara dan memberi pendapat aku, bukan berdiam diri dan mengalah mengakui walaupun menyedari tuduhan melampau!

Tapi, sekarang aku dapat banyak pengajaran dari apa yang aku lalui itu...paling penting sekali aku sentiasa ingatkan diri aku, jangan terlalu mudah mempercayai orang lebih-lebih lagi dengan perkenalan yang baru menjangkau usia setahun jagung!!

Lantaklah apa blogger nak fikir pasal aku...kalau baca coretan hati aku ni dan nampak dari sudut negatif maka aku ni memang orang jahat dan begitu lah sebaliknya!

4 comments:

azreen said...

kak...buat je apa yg akak pikir terbaik....sampai bila kita ni asyik nak jaga hati org atau bersabar je....lg pun bukannya diorg tu yg akan menolong kite pun....menambah masalah lagi ade kan...so apa yg akak buat skrg ni bagusla untk akak sekeluarga...

Yang penting study abg Rizal tak terganggu...nnti kalau apa2 bukannya ade sesiapa yg akan menolong....

smga hidup akak sekeluarga akan lebih baik slps nih... :-)

Rozie said...

Thank's Azreen...akak rasa terharu

Unknown said...

biar orang mengata...peduli apa..umah kita...kita punya sukalah...

memang dah penyakit phd tu ada di mana-mana aje...sabar ajelah ye..

Rozie said...

TQ kak Ina..