CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 24 November 2008

Sambungan~ Eden Project, , Cornwall

Nak sambung cerita haritu...

Last day sebelum berangkat pulang ke Sheffield kami singgah ker Eden Project. Kena drive 1 jam lebih gak dari tempat penginapan kami. Kat sini memang aku suka giller dan anak anak pun enjoy. Eden project ni adalah satu tempat kajian sains tumbuhan ler, kalau kat Malaysia ala-ala Bukit Cherakah gitu. Besar giller, puas jugak kami anak beranak berjalan. Keluasan Eden Project ni kira-kira 1 kilometre dan tingginya 60 meter. Terdiri daripada beberapa "Biome" atau habitat tumbuhan. Mula dibina pada tahun 1998 dan dibuka untuk pengunjung sejak tahun 2001.

**Biomes

Biome yang paling kiri tu untuk habitat Rain forest dan yang kanan untuk habitat Mediterranian. Kat tengah-tengah antara biomes tu tempat visitor lepak-lepak sambil makan , toilet dan sourvenir.
Mula-mula sekali , ofcourse kami ke Biome Rain Forest..masuk jer kat kawasan tu fulamak, memang hiba beb!!! terus bau Malaysia, suhu kat dalam tu ala-ala Malaysia, jaket tebal yang kami pakai mula dibuka satu persatu, panas sampai berpeluh..yang paling kami rindu skali bau tanahnya betul-betul macam kat Malaysia seperti bau selepas hujan.

Dengar jugak ada orang kata tanah kat dalam ni pun di bawa khas dari Malaysia. Ada air terjun, ada rumah kampung Malaysia,kain batik yang tersidai di ampaian,kapcai dan basikal tua yang tersandar di bawah pokok jambu...Pokok pinang,nenas, padi, pisang, cili, serai, kunyit dan macam-macam lagi di tanam di dalam Biome tu..adusss tiba-tiba aku jadi homesick!

nampak tak tulisan kat situ.."hari ini tanam padi, esok makan nasi"

Lepas ke Rain Forest Biome, kami ke Mediterranian Biome pulak...Saiz Biome nya kecil sedikit daripada Biome Rain Forest..pada aku" so-so" saja tak happening macam kat Rain Forest tadi..suhu kat dalam tu dingin tapi tak ler sebeku kat UK nih, ala-ala sesedap rasa dan kena pakai sweater kat dalam tu, kalau setakat kain cotton biasa memang terasa kesejukkan ittew! Ada satu kawasan tanah yang berpasir tak berumput yang ditanami denan pokok anggur..di satu kawasan lain pulak dengan pokok citrus..lepas tu dihiasi dengan sculpture di sudut-sudut yang agak kosong. Aku percaya kebanyakkan pengunjung yang datang ke sini kerana tarikan Rain Forestnya... Pokok Anggur

0 comments: