CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 4 November 2008

Cornwall~ Land's End, Newquay dan Eden Project

Bercuti bersama Keluarga..Pada awalnya kami rancang untuk bercuti sekeluarga sahaja, maklumlah Lone Ranger! tapi secara kebetulan sahabat kami dari Birmingham nak ikut sama. Memang dah rezeki mereka kebetulan Caravan tempat kami menginap tu masih ada kekosongan. Jadi kami ke Cornwall konvoi 3 kereta, Satu family lagi yang join kami ialah Saiful Azhar kawan merangkap Jiran Saiful Tan.

Sehari sebelum ke Cornwall kami menginap di rumah sahabat kami Saiful Tan untuk memudahkan kami keesokkan harinya konvoi bersama-sama.

Collage59er

**Gambar paling atas, Breakfast bersama Syarifah(panggil Ipah jer)..Isteri Saiful. Breakfast Beehoon Goreng ini di taja oleh Saiful Tan, Sedap! ramuan rahsianya menggunakan minyak Chili yang di beli di oreantal shop...ermmm nnti bolehlah aku cuba pulak.Mereka ni dah 13 tahun di Birm dan dah pun mendapat PR disini. Pasangan suami isteri ni berkerja dengan Goverment , Saiful di Council office manakala Syarifah di Warwick University sebagai Arkitek. Sayangnya aku tak sempat nak bergambar dengan mereka sekeluarga. Gambar bawah tu Icha bersama anak bongsu Ipah yang bernama Sofia.

Collage60

30 oct 2008, kami sampai ke Lokasi penginapan kami di Haven Caravan, Perran Sand ketika hari sudah gelap, +- pukul 7pm.Perjalanan dari Birm mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai. Sempat jugak tersesat-sesat, cuma beberapa meter dari tempat caravan tuh! eheheh. Alhamdulillah kami dapat Caravan harga murahlah jugak. Caravan jenis "Superio Plus" 2 bilik, harga asal GBP290 kami cuma kena bayar GBP 90 sahaja..kira OK ler kan. Kat luar macam penempatan sementara tapi kat dalam macam hotel bertaraf 3 bintang gitu!

Yang tak bestnya caravan kami tu jauh skit dari caravan 2-2 Saiful kawan kami tu, mereka duk berjiran sebelah menyebelah...Harga sewa Caravan diaorang murah skit jer daripada Caravan kami, bolehlah dikatakan kami dok ala-ala Hotel Renaissance dan diorang duk kat Hotel Seri Malaysia..ahaksss ampoooonnn, haku tak sengaja..kihkihkih. Yang best skali boleh masak-masak!

Collage61

Collage62

1 Nov 2008..Destinasi utama haruslah kami ke Land's End. Nama pun dah Land's End, of courselah ada laut sebab kalau tengok kat peta England tu kedudukan Land's End tu betul-betul kat hujung ekor peta England tuh.kalau terbabas memang masuk laut lah..hahahah. Alhamdulillah cuaca tersangatlah cerahnya walaupun tiupan anginnya rasa macam nak terbang, kuat giller!.. Di sini kami 3 family pergi bersama-sama, tapi bila dah sampai masing-masing jalan ler ikut sukahati masing-masing..tapi Land's End tu bukannya besar sangat, pusing -pusing jumpa orang tu jugak! Kawasan ini tak berpantai, tepinya bertebing tinggi dan curam. Orang kata macam Laut kat Australia, yer ker?
Lepas ke Land's End kami berpecah ikut kaki masing-masing..ke dua-dua Saiful ker St Micheal mountain manakala aku dan famili ke Maniature Park..Tapi sayangnya Maniature Park tu dah tutup sementara, Spring nanti akan dibuka semula. So kami ke Newquay(sebut newki) ke satu tempat yang di paggil "Harbour"..satu-satunya laut berpantai yang aku pergi kat Cornwall ni, tapi pantainya kecik jer. Kawasan tu tempat orang surfing, townnya pun penuh dengan kedai2 barang surfing..errkkk ada ker yang nak surfing musim Autumn ni kan? buang tebiat mat salleh ni kan!!
Selepas Newquay, kami terus pulang ke Caravan menikmati suasana di Haven Caravan pulak..kat dalam ni ada macam-macam, bercuti berehat-rehat kat dalam kawasan ni pun dah cukup sebenarnya tak perlu buat lawatan budak sekolah kannn. Swimming pool ada, ada kompleks fun work tempat kesukaan bebudak ada banyak permainan kat dalam tuh..nak main skate board ker, main bola ker, play ground ker, bbq ker semua tersedia.

Collage64

Kami ambil peluang ni untuk posing-posing gambar...banyak sangat tempat menarik yang boleh pergi kat Cornwall ni, cuma ikut diri sendirilahkan..Nama pun holiday, biarlah relex n fun. Nak cover semua memang tak terkejar, buat letih badan jer kannn.

Collage63

2 Nov 2008, hari hari kami berangkat pulang ker Sheffield..geng yang lain tidur semalam lagi di Haven Caravan.
** sambung lagi di lain hari..byk lagi nk cerita nih, tapi penulis nak tidur ari dah mlm nih

2 comments:

azreen said...

kak rozie...laut kat sane mcm laut kat Australia ker...cantikla gitu...tp nk komen lbh2 pun laut kt sane bkn nye sye pernh tgk pun...hehehehe

Rozie said...

tu ler, akak pun tak leh nak komen lebih-lebih sebab tak pernah tgk pun laut kat Australia tu mcm mana..ekekeke..statement tu merujuk kepada pendapat seorang mat salleh kat sini yang selalu berulang alik Australia-UK..yer lah kot!