CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 7 August 2008

Macam-macam berlaku

Laporan tertunda..

Sepanjang bercuti di Malaysia, Ryan bersekolah di SK Bagan Ajam, Butterworth. Masa mula-mula berada di Malaysia, kami bercadang tak perlu sekolahkan dia . kami cuma hantarkan dia bersekolah agama pada sebelah petang..tapi, selepas beberapa minggu aku mula rasa risau tengok keadaan dia yang keboringan. Bila ada siapa-siapa yang datang ke rumah dia akan duduk saja dalam bilik tak mahu keluar kerana malu ...kesian. jadi kamipun daftarkan dia kesekolah, life dia bertambah happening selepas kesekolah dan dapat ramai kawan-kawan...

Jadual Ryan padat semenjak pergi ke sekolah bermula dengan sekolah kebangsaan, Sekolah Agama Rakyat di sebelah petangnya bermain basikal bersama "geng basikal"nya...malam pula belajar Jawi bersama Tok Mama... Sibuk sungguh dia, mengalahkan orang yang balik buat koleksi data...kihkihkih.

Sebelum berangkat ke sini , Ryan berkesempatan bersalam-salaman bersama kawan-kawannya...tak sangka aku ramai sungguh kawan dia.. Ketara nampak kedewasaannya bila mengenakan pakaian seragam sekolah

Collage3

Kurang 2 minggu sebelum pulang ke UK Icha di masukkan ke hospital ..dia di tahan 24 jam(kena ikut prosedur). Pada malam tersebut dia muntah-muntah lebih kurang pukul 3am, suhu badannya naik..Aku panik sebab sehari sebelum tu dia jatuh tertangkup di bilik air, giginya berdarah dan tergigit lidah . mulalah aku fikir yang bukan-bukan.. takut jugak kalau-kalau ada sesuaru terjadi di kepalanya.
Alhamdulillah,nasib baik tak ada apa-apa, doktor kata puncanya adalah daripada keracunan makanan...memang lah petang sebelum kejadian kami "open table"di tepi laut belanja bapa saudara hb dan anak isterinya makan-makan,ala-ala jamuan perpisahan lah sebelum kami pulang ke UK...

Collage4

0 comments: