CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 2 August 2008

Kenduri

Semalam(Jumaat) kami sekeluarga buat kenduri baca Yassin untuk rumah baru ni, termasuk lah kesyukuran selamat berpindah, Ulang tahun kelahiran Ryan ke 8(bulan lepas) dan kejayaan hb melepasi 2nd stage dalam program Phdnya..

Tetamu adalah terdiri daripada kawan-kawan satu kawasan perkampungan Tinsley(11 family) dan beberapa kawan-kawan yang luar daripada kampung Tinsley seperti Uztaz yang mengetuai majlis tersebut 1-2 family yang agak rapat dengan kami...( 2-3 family sahaja), ada beberapa lagi yang tak dapat hadir. Tak mampu nak jemput ramai-ramai memandangkan kudrat yang aku ada untuk kenduri ni agak minimum.

Collage6


Menu, aku pilih yang simple sahaja... senang nak buat, maklum lah tukang masaknya aku sorang >>>>Nasi ayam, 2 jenis kek Marble , sebijik kek buah, sebijik kek lapis dan agar-agar. Lepas tu banyak jugak buah tangan yang di bawa oleh tetamu yang datang ziarah, penuh meja dengan makanan, Terima kasih banya-banyak... Hasmah/Taib yang tolong pinjamkan kami periuk besar dan coolbox, Nita yang pinjamkan aku coolbox dan Zakiah yang pinjamkan aku periuk nasi, terima kasih banyak-banyak.Terima kasih untuk semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak...Lega sudah rasa di hati...hajat kami dah terlaksana, dah semuanya selesai, Alhamdulillah!!!

Note untuk next kenduri...Beras 6 1/2 kilo, ayam 13 kilo cukup untuk 15 family- siap boleh tapau bawak balik..

0 comments: