CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 5 August 2008

Ayah

DSC_0242

Sibuk sungguh aku sepanjang menjelang kenduri, gabra sebenarnya sebab selama ini aku tak pernah masak banyak-banyak untuk kenduri kendara ni...kalau di Malaysia aku akan mengharapkan Parent aku atau InLaw untuk buatkan untuk melunaskan hajat kami, aku tolong sikit-sikit jer...kali ni aku kena buat semua itu...

Seminggu sebelum kenduri aku ada telefon family di kampung, al kisahnya kedua-dua parent aku demam...kat rumah tu tak ada siapa kecuali parent aku dan seorang adik (Bokhari)yang bekerja di kawasan tersebut yang berulang alik dari rumah parent aku ke tempat kerja yang lain semuanya keluar dari daerah kampungku untuk mencari rezeki untuk keluarga masing-masing...bila dapat tahu parent aku demam ni, aku mula rasa sebak...aku memang tak boleh kalau dengar khabar macam ni, mula lah rasa tak ada mood. Tapi aku cuba sedapkan hati sendiri, mungkin parent aku rindu dengan cucunya yang sorang lagi tu(Hazamuddin) sebab baru seminggu berpindah ke Kelantan...sebelum ini adik aku tu (Syamsul Amri)tinggal dengan parent aku bersama anak dan Isterinya.

Selepas tu, aku mula sibukkan diri dengan urusan kenduri kendara yang memang dah lama kami rancang...so, seminggu lebih jugak aku tak telefon ke kampung. bila hb tanya "tak telefon mak ker" aku hanya jawab, nanti ler dulu!! aku lengah-lengahkan.

Hari ni pagi-pagi terdetik hati aku nak telefon ke Kampung...Alhamdulillah semuanya sihat walafiat. Rupanya parent aku demam sebab terkena virus yang sedang menular di Malaysia sekarang ni( Virus apa tah chakunya ker??)...Tapi yang sedihnya bila aku dapat tahu ayah aku lah yang paling teruk sekali di serang demam sehingga terjadinya Ulser dalam perut beliau. Mak aku cakap ayah tiba-tiba muntah-muntah dan cirit-birit...bila makan sahaja mesti akan muntah atau cirit-birit, kesian ayah aku. Mak aku mintak tolong jiran sekampung hantarkan ayah aku ke Hospital Serting, doktor check... katanya tak ada apa-apa, selepas masukkan air dua botol, ayah aku dah boleh keluar ..tak sampai pun setengah hari di hospital..

Keesokkan harinya keadaan ayah masih lagi macam tu, pada malam tu suhu badannya naik tinggi... mak aku panic tak tau nak buat apa, kat rumah tak ada sapa-sapa yang boleh tolong hantarkan ke Hospital...Bokhari pun bekerja ketika tu(tak balik rumah beberapa hari), nak mintak tolong jiran tetangga mak aku macam dah segan(pada aku, kalau dah emergency belasah jer)... Akhirnya mak aku telefon MakLang aku di Seremban. Esoknya, awal-awal pagi lagi Maklang aku dah sampai terus bawa Ayah ke Hospital Seremban..Lepas daftar di Unit kecemasan, Ayah aku terus di tahan masuk ke Wad . 2 hari ayah aku berpuasa sebab nak check dalam perut beliau, sedihnya aku...Ayah tak boleh makan 2 hari. Mak aku kata, sepanjang 4 hari ayah masuk hospital...berat badannya turun mendadak...sekarang ni dah nampak kurus.

Sepanjang ayah masuk hospital 3 daripada 5 anak-anaknya ada bersama menemani beliau berulang alik ke hospital bergilir-gilir..Aku dan adik bongsu tak dapat bersama . Adik Bongsu aku( Fiqry) tu sedang dalam latihan polis... Yang aku terkilan sekali sepanjang dia di hospital, tak sekalipun terdetik instict aku untuk telefon ke kampung...aku boleh happy-happy kat sini jalan-jalan ,berpiknik...terasa bersalah dalam diri,anak apakah aku ini!!! menyesal sungguh aku, menyesal kerana aku sentiasa ambil ringan apa yang berlaku...pada hal aku dah tau sebelum tu parent aku tak sihat. Tapi aku anggap sakit sikit saja...lepas makan ubat nanti, insyallah sihat. Aku lupa, parent aku tu makin tua dan tak sekuat dulu..

Pertama kali dalam seumur hidup aku, ayah masuk hospital, sejak aku lahir hinggalah umur aku 30an ni..pertama kali aku dapat tahu ayah masuk hospital...sedihnya menusuk-nusuk dalam jiwa aku...macam-macam yang aku fikirkan, takuttt!! memang aku takut yang amat ...aku takut kehilangan, aku tak bersedia...banyak perkara yang belum dapat aku laksanakan untuk parent aku sebagai seorang anak. Ya allah ya tuhanku, jauhkanlah segala musibah...dalam sehari dua ni mega mendung berarak dalam jiwa raga aku, memang rasa macam nak terbang macam burung lari sebentar balik ke kampung melihat keadaan ayah.

Alhamdulillah kini ayah dah beransur sihat, tapi rasa sedih masih menebal di dalam sanubari aku...Walaupun aku jarang duduk semeja bersembang dengan ayah atau bercerita tentang kehidupan dengan ayah, namun dia tetap ayah aku...kerana ayahlah aku menjadi aku yang sekarang. Ayah yang tidak pernah mengeluh dengan kepayahan yang dihadapi sepanjang membesarkan anak-anaknya... tak tega rasanya menghadapi situasi seperti ini, semoga ayah cepat sembuh seperti selalu...aminnnn

0 comments: