CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 29 July 2008

Zapin

Sibuk sikit sepanjang minggu lepas dengan pelbagai aktiviti di Sheffield ni, macam-macam berlaku...tanpa di rancang secara tak sengaja aku join kaum ibu yang lain di Tinsley mempersembahkan tarian Zapin di Malam Muslimah HELWA Sheffield pada sabtu lepas(3 hari yang lalu, so..macam biasa ler, kami kena lah berlatih (3-4 kali)..sambil berlatih, sambil ber "pot Luck". Maklum ler, aku ni peserta jer, so tak sempat lah nak amik...so, kalu nak tengok makcik-makcik kembang praktis boleh ler pi jenguk blog Kakpah (sila klik) nih.. Ampunn ler kak pah, mintak halal yer !!!
Masa hari persembahan tu, aku tak bawak handbag(anak-anak)...seronottt, lenggang-lenggang kangkung jer. Anak-anak kena tinggal totally di bawah jagaan suami mithali..kehkehkeh, bukan selalu...apa salahnya sesekali melapangkan minda...Gambar-gambar masa persembahan tu ada gak aku mintak tulun kengkawan amikkan.. tapi, keadaan dewan tu macam kelam jer, so gambar tak berapa cantik. Tak ada mood ler aku nak tempek kat sini.
Enjoy ler jugak, sambil tengok persembahan sambil makan-makan...Aktiviti ni di buat secara tertutup, khas untuk kaum wanita Sheffield sahaja...Bapak-bapak sumer dilarang keras join program nih...
Esoknya pulak(ahad)..Warga Tinsley berpiknik ke Derwent Dam, penuh aktiviti hujung minggu kali ni...

0 comments: