CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 26 July 2008

Sheffield City Centre & ke Rumah Red

Semalam, jalan-jalan ke City Centre bersama anak-anak menaiki tram...sejak cuti sekolah(summer holiday) , ini merupakan kali pertama kami sekeluarga jalan-jalan menaiki tram. Seronok walaupun meletihkan. Tujuan sebenarnya ialah ke rumah Red,(sahabat se"program" hubby) yang baru sahaja 2 bulan melahirkan baby girl.
Sebelum ke rumah Red kami singgah window shopping, kebetulan di laluan siar kaki di City Centre penuh dengan gerai-gerai "Food Carnival", pelbagai gerai makanan di buka ala-ala pasar malam..Kebanyakkannya menyajikan makanan daripada negara-negara Eropah...Tapi ada juga daripada China, Carribean dan Afrika(makanan Halal)....Jalan-jalan cuci mata jer lah!!

DSC_0018

Sampai di Rumah Red dalam pukul 12 lebih, ...terharu tengok muka bb red yang kiut miut tuh namanya Tsi Yun Kai. Red berbesar hati menjamu kami "Tortilla" bersama "Vege Chicken" dan Juice Grapefruit sebagai Lunch..Semuanya beliau beli yang Ready made sahaja. Kami ke rumah Red pun tak lama kerana tak mahu mengganggu mereka sekeluarga, lagipun Yun Kai baru berusia 2 bulan memang memerlukan banyak masa untuk tidor

Red

Redfamily2

Red , Druncan and their sweet little girl

0 comments: