CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 21 July 2008

Balik ke Landasan

Salam....

Alhamdulillah selesai sudah hal pindah randah ni...semua penat lelah pun dah makin berkurangan. Tapi yang haru sekali apabila nak transfer internet daripada rumah Woodhouse ke Tinsley, mati kutu makcik dua minggu tak ada internet...macam-macam cerita nak dikongsi sebenarnya, untuk kenangan dan kawan-kawan...

Masa hari perpindahan kami , merupakan Birthday Ryan kali yang ke 8, pada 5 Julai. Kesian kat dia sebab kami tak dapat nak celebrate betul-betul, kek Birthday dia pun aku tak mampu nak buat. Kami cuma beli sahaja..tiada tetamu yang di jemput, kecuali Mizi dan anaknya Haziq yang kebetulan datang singgah ke rumah. Hadiah birthday Ryan kali ini Jam tangan Transformer dan Basikal. Semoga anakanda sihat dan panjang umur...aminnnn

ryan


Sehari selepas itu pula Family Day untuk semua warga Sheffield. Di adakan di Hazel Park, Darnall. Sambutan nampaknya meriah, tapi aku masih rasa blur-blur sikit kerana baru jer 3 bulan meninggalkan Sheffield bercuti, sekembalinya aku ke sini aku terasa seperti orang asing.. Ramai muka-muka baru di Sheffield yang aku tak pernah kenal, dan terlalu banyak perkara yang aku tak tau...Blur-blur pun layan jer lah, makanan sedap-sedap belaka ikan bakar air asam, ayam bakar dan beberapa masakan ala kampung yang disediakan oleh para AJK, selain daripada tu ada kek Jalur Gemilang ala gergasi menggunakan 20 biji kek yang disediakan oleh kakpah and the geng...tak sempat nak ambil gambar sebab ramai yang berpusu-pusu mengerumuni kek Jalur Gemilang tersebut
..mmmmm, marveles!! pada hari tersebut aku terpaksa lah bercuti sehari daripada program diet...ahakksss.(namun sekarang pun masih lagi bercuti diet...)

icha

ryan-haziq

Orang lain sibuk bersosial, aku pulak sibuk melayan anak-anak main playground yang ada berdekatan di situ, dalam hujan renyai....

warga sheffield

Warga Sheffield yang sibuk menjamu selera dan mengikuti aktiviti yang disediakan...

0 comments: