CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 29 July 2008

Rumah Baru - 35, St.Lawrence Rd

Actually dah sebulan lebih aku lepak kat rumah nih...semua dah settle, tinggal kenduri jer yang belum settle lagi. Atas permintaan kawan-kawan di Malaysia aku dengan rela hatinya menempek gambar rumah dan public area dalam rumah aku tidak termasuk toilet ...kawasan Private adalah terkecuali sama sekali...

Rumah sederhana, sama seperti rumah orang Malaysia yang lain di Tinsley ini... Harap tak ada yang salah anggap tentang entry kali ni, bukan tujuan nak menunjuk-nunjuk. Cuma untuk tatapan Saudara mara di Malaysia,kawan-kawan dan Nostalgia kami sekeluarga...

DSC_1212
Ruang tamu , comel jer...kalu ramai-ramai datang ziarah, nak bersila pun tak muat, semua kena berdiri...ahakkksss

DSC_1217
Ruang dapur favorite aku, semua ada especially cooker , elektrik turbo oven dan grill nya..selain daripada washing mashine ngan fridge,dishwasher pun ada, tapi aku tak pernah guna..

DSC_1222
Tangga naik ke tingkat atas dan tangga ke Attick..ala-ala 3 tingkat jugak ler nih...kwang...kwan...kwang

Derwent Reservoir

Berpiknic sambil BBQ bersama teman-teman sekampung(Tinsley) ke sebuah Empangan yang terletak lebih kurang 18 batu dari Tinsley... Yang ini pun tak dirancang juga, kami join last minit ikut kawan-kawan...

Sambil makan-makan, sembang-sembang...

Tukang bakar ayam- Atiq, anak kak Azu..Jiran selang 5 pintu dari rumah aku

Pada hari tersebut, kaum bapak sempat juga bersantai sambil main sepak raga bulatan...Bebudak lagi ler enjoy , bebas macam burung berlari ke sana ke mari seperti orang lepas geram jer lagaknya, ada yang main kayu...main air dan lumpurrrr, tak cukup tangan dan kaki kaum ibu dan bapak mengepung anak-anak masing-masing....kehkehkeh

Daripada tapak bbq tempat kami Lepak tu ke Empangan kena panjat bukit skit...ala-ala tracking ler , untuk amik angle yang menarik skit.Longgar kepala lutu makcik!!! Balik rumah , letih giller weiiii...Tidur malam umpama sang maharani x ingat dunia..ada banyak lagi gambar boleh tengok kat sini...


Zapin

Sibuk sikit sepanjang minggu lepas dengan pelbagai aktiviti di Sheffield ni, macam-macam berlaku...tanpa di rancang secara tak sengaja aku join kaum ibu yang lain di Tinsley mempersembahkan tarian Zapin di Malam Muslimah HELWA Sheffield pada sabtu lepas(3 hari yang lalu, so..macam biasa ler, kami kena lah berlatih (3-4 kali)..sambil berlatih, sambil ber "pot Luck". Maklum ler, aku ni peserta jer, so tak sempat lah nak amik...so, kalu nak tengok makcik-makcik kembang praktis boleh ler pi jenguk blog Kakpah (sila klik) nih.. Ampunn ler kak pah, mintak halal yer !!!
Masa hari persembahan tu, aku tak bawak handbag(anak-anak)...seronottt, lenggang-lenggang kangkung jer. Anak-anak kena tinggal totally di bawah jagaan suami mithali..kehkehkeh, bukan selalu...apa salahnya sesekali melapangkan minda...Gambar-gambar masa persembahan tu ada gak aku mintak tulun kengkawan amikkan.. tapi, keadaan dewan tu macam kelam jer, so gambar tak berapa cantik. Tak ada mood ler aku nak tempek kat sini.
Enjoy ler jugak, sambil tengok persembahan sambil makan-makan...Aktiviti ni di buat secara tertutup, khas untuk kaum wanita Sheffield sahaja...Bapak-bapak sumer dilarang keras join program nih...
Esoknya pulak(ahad)..Warga Tinsley berpiknik ke Derwent Dam, penuh aktiviti hujung minggu kali ni...

Saturday 26 July 2008

Sheffield City Centre & ke Rumah Red

Semalam, jalan-jalan ke City Centre bersama anak-anak menaiki tram...sejak cuti sekolah(summer holiday) , ini merupakan kali pertama kami sekeluarga jalan-jalan menaiki tram. Seronok walaupun meletihkan. Tujuan sebenarnya ialah ke rumah Red,(sahabat se"program" hubby) yang baru sahaja 2 bulan melahirkan baby girl.
Sebelum ke rumah Red kami singgah window shopping, kebetulan di laluan siar kaki di City Centre penuh dengan gerai-gerai "Food Carnival", pelbagai gerai makanan di buka ala-ala pasar malam..Kebanyakkannya menyajikan makanan daripada negara-negara Eropah...Tapi ada juga daripada China, Carribean dan Afrika(makanan Halal)....Jalan-jalan cuci mata jer lah!!

DSC_0018

Sampai di Rumah Red dalam pukul 12 lebih, ...terharu tengok muka bb red yang kiut miut tuh namanya Tsi Yun Kai. Red berbesar hati menjamu kami "Tortilla" bersama "Vege Chicken" dan Juice Grapefruit sebagai Lunch..Semuanya beliau beli yang Ready made sahaja. Kami ke rumah Red pun tak lama kerana tak mahu mengganggu mereka sekeluarga, lagipun Yun Kai baru berusia 2 bulan memang memerlukan banyak masa untuk tidor

Red

Redfamily2

Red , Druncan and their sweet little girl

Monday 21 July 2008

Balik ke Landasan

Salam....

Alhamdulillah selesai sudah hal pindah randah ni...semua penat lelah pun dah makin berkurangan. Tapi yang haru sekali apabila nak transfer internet daripada rumah Woodhouse ke Tinsley, mati kutu makcik dua minggu tak ada internet...macam-macam cerita nak dikongsi sebenarnya, untuk kenangan dan kawan-kawan...

Masa hari perpindahan kami , merupakan Birthday Ryan kali yang ke 8, pada 5 Julai. Kesian kat dia sebab kami tak dapat nak celebrate betul-betul, kek Birthday dia pun aku tak mampu nak buat. Kami cuma beli sahaja..tiada tetamu yang di jemput, kecuali Mizi dan anaknya Haziq yang kebetulan datang singgah ke rumah. Hadiah birthday Ryan kali ini Jam tangan Transformer dan Basikal. Semoga anakanda sihat dan panjang umur...aminnnn

ryan


Sehari selepas itu pula Family Day untuk semua warga Sheffield. Di adakan di Hazel Park, Darnall. Sambutan nampaknya meriah, tapi aku masih rasa blur-blur sikit kerana baru jer 3 bulan meninggalkan Sheffield bercuti, sekembalinya aku ke sini aku terasa seperti orang asing.. Ramai muka-muka baru di Sheffield yang aku tak pernah kenal, dan terlalu banyak perkara yang aku tak tau...Blur-blur pun layan jer lah, makanan sedap-sedap belaka ikan bakar air asam, ayam bakar dan beberapa masakan ala kampung yang disediakan oleh para AJK, selain daripada tu ada kek Jalur Gemilang ala gergasi menggunakan 20 biji kek yang disediakan oleh kakpah and the geng...tak sempat nak ambil gambar sebab ramai yang berpusu-pusu mengerumuni kek Jalur Gemilang tersebut
..mmmmm, marveles!! pada hari tersebut aku terpaksa lah bercuti sehari daripada program diet...ahakksss.(namun sekarang pun masih lagi bercuti diet...)

icha

ryan-haziq

Orang lain sibuk bersosial, aku pulak sibuk melayan anak-anak main playground yang ada berdekatan di situ, dalam hujan renyai....

warga sheffield

Warga Sheffield yang sibuk menjamu selera dan mengikuti aktiviti yang disediakan...

Thursday 3 July 2008

Pindah lagi daaaa

Sedeh sebenarnya nak tinggalkan rumah nih, tapi apakan daya bertemu dah berpisah sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan...aku terima dengan hati yang tebuka, anggap saja ada hikmah yang tersirat di sebalik perpisahan ini...waaaa.

Kat bawah ni saja ler aku letak gambar2 X rumah aku, bila rindu boleh jugak aku tatap....

jom layannnn...

depan

Tengok ler depan rumah aku nih, buruk jer macam rumah tinggal...tingkap yang terbuka tuh tingkap dapur rumah aku. Kain yang tergantung tu, kain penapis kacang soya...masa tu baru jer lepas buat tofu

hall

Hall rumahku, dah hampir 80% clear, sebab tu kosong jer...tidak kaluuuu, penuh dengan mainan bebudak rumah ni, kat sini ler tempat diaorang melepak tengok karton sambil makan-makan...sehari sampai 3 kali aku kena vacumm kawasan nih(kalu aku rajin ler..kihkihkih). Fresh flower tu memang kesukaan aku, sentiasa ada menghiasi rumah...

DSC_1066

dapur

Dapur aku, tengok sipi-sipi jer eksss.. kalu gambar full, takut ada yang pengsan pulak. K at sini ler mamavogue beroperasi, kat luar tu tempat kemi parking kereta semenjak dua ni..Tempat yang berisiko untuk kena hentam sekali lagi. Kat situ ler kejadian kereta aku kena langgar lari dulu..

DSC_1060

Bilik Ryan...nampak kosong jer, sebab semua barang dah angkut ke rumah baru