CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 5 February 2008

Window Shopping

Hari Jumaat lepas 1 febuary 2008, kali pertama aku dan Icha menaiki bas ke Sheffield City Centre...Tunggu bas depan rumah aku jer, cuaca hari tu sejuk giller walaupun nampak macam cerah bermatahari. Lepas hb hantar Ryan ke Sekolah kami pun keluar ke City Centre. Jalan-jalan window shopping...sambil-sambil tu aku tengok-tengok ler kalau ada sale, boleh jugak beli untuk buah tangan balik Malaysia nanti....(yea...yea..nak balik Malaysia!!!). Nampak tak rumah aku kat belakang tuh? yang color putih sebelah kiri tuh..sukaaaa sangat rumah tuh!!!...Gambar sebelah ni masa aku ,Icha dan hb tengah tunggu bas...Bas kat sini banyak giller, Bas nombor 52,5 minit sebuah bas akan lalu, pas tu ada 2 syarikat bas yang amik laluan depan rumah aku nih, memang senang giller
kalu nak pi mana-mana.




Gambar yang kedua ni pun masa menunggu bas juga, tak sempat nak senyum ler, matahari silau sangat mengadap muka aku masa tu..









Asyik berposing, ternampak pokok ni, dah mula bertunas dan nak mengeluarkan daun...maknanya Spring dah nak mari, uikkkkssss..seronok oiii, sekarang ni dah boleh ler nak start semai-semai benih sayur-sayur atau apepe jer ler, spring nanti leh ler bercucuk tanam.







Sempat jugak hb amik gambar Icha masa dalam bas, masa balik dari city centre aku balik berdua jer ngan Icha, hb terus pi smayang jumaat then pegi kerja.
Masa tunggu bas nak balik ke rumah kena beratur, kat sini tunggu bas pun beratur, ekekekeke macam heran kejap!!! Bila dah dapat bas, aku pun tergesa-gesa ler naik bas..masa aku dah masuk dalam bas tu driver suh aku turun, katanya it's full... mulanya aku pelik jugak sebab bas tu masih banyak tempat duduk yang kosong. Rupanya penuh sebab tak ada tempat duduk untuk ibu-ibu yang bawak stroller macam aku.Baru aku tau limit setiap bas boleh bawak 2-3 buah stroller dalam satu masa.
Terpaksalah turun tunggu bas yang lain...tapi sekejap jer ...cuma selang seminit dua.

Masa dalam bas, dah nak sampai ke Woodhouse aku pun tekan loceng macam biasa nak turut. tunggu punya tunggu bas tak berhenti , aku ingat bas akan berhenti next bus stop, rupanya tak berhenti jugak. Masa aku nak tekan sekali lagi loceng, ada orang lain dah tekan dulu...Seorang perempuan tua, dia terus pegi jumpa driver dan menegur driver tu sebab tak berhenti masa aku tekan loceng...Pas tu driver bas tu terkejut sebab katanya dia tak dengar bunyi loceng...driver bas tu mintak maaf banyak-banyak kat aku, aku kata tak per lah, tak kisah sebab rumah aku dekat sini jer. Perepuan tua tu siap warning lagi kat driver bas , next time kalu perkara macam tu berlaku lagi dia akan report...dia kata kesian kat aku terpaksa jalan jauh nak balik rumah...Prihatin sungguh !!! terharu aku...

0 comments: