CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 10 January 2008

Salam Maal Hijrah


Dok di UK ni aku tak sedar rupanya dah masuk tahun baru dalam kalendar Islam. Sib baik jugak tengok tenet ni ari-ari, kalau tidak alamatnya aku ketinggalan ler macam-macam perkara dari segala aspek. Nak tengok TV pun kena berebut dengan Ryan, dak tecit(icha) ni pun dah pandai...tiap kali aku buka TV, awal-awal dia dah request "nak tatooooooonnn".

Aku nak ambil kesempatan mengucapkan Salam Maal Hijrah 1429H untuk keluarga dan sanak saudara serta teman-teman yang sudi menyinggah ke blog aku yang kaput ni, lately aku jarang update sebab sibuk dengan blog mamavogue...kuikuikui!!...semoga kita sama-sama menghijrahkan diri ke arah kebaikan dan berusaha memperbaiki diri dan meningkatkan amalan kita untuk bekalan di dunia dan akhirat.

Azam aku kali ni

-Menambahbaikkan amalan kerana allah taala

-Nak kurangkan sikit masa melangut kat depan tenet ni, lebihkan masa untuk
anak-anak dan
family.

-Nak mendidik dan membimbing anak-anak ke arah santapan rohani yang
lebih
teratur dan berdisiplin.

setakat itu jer lah azam aku kali ni...walaupun berat ,harap-harap aku dapat melaksanakannya. Aku tak mengharapkan pencapaian 100%, dapat capai 45%-50% pun dah cukup baik untukku...!!! Yezzzzza, mamavogue boleh!!!!

1 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

salam,u kat uk gambar kat iraq.ape ni sis?
hehehehe