CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 5 December 2007

Terima Kasih

Alhamdulillah kami sekeluarga selamat perpindah ke rumah baru pada 1 Disember 2007, Namun tanpa kawan-kawan tak mungkin proses perpindahan ini berjalan dengan begitu lancar.
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang sememangnya baik hati yang bertungkus lumus membantu mengangkat barang-barang kami dari awal hingga segalanya selesai, Rancangan asal proses angkat barang tersebut sepatutnya bermula pada pukul 2pm, oleh kerana para sahabat yang kelihatannya excited....pukul 11am masing-masing dah mula membuka boot kereta....
Terima kasih yang tak terhingga kepada Mr Zahuri dan Isteri, kakPah kerana bersusah payah tulun masakkan untuk kami sekeluarga dan kawan-kawan yang mengangkat barang...Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Jelatah dan Kari daging memang menyelerakan...siap tapau bawak balik rumah untuk makan malam lagik!!! Thanks untuk Nita kerana buatkan Roti Jala...sodap!!
Terima Kasih buat jaguh-jaguh yang bersusah payah berulang dari Tinsley ke Woodhouse dengan kereta masing-masing mengankut barang, tak claim duit minyak walau se penny...Jauh jugak tu, 5 batu. Abg Zahuri angkut 2 trip.Babul, Rushdi dan Halim masing-masing mengangkut 1 trip setiap kereta. Kepada kawan-kawan yang teringin nak menbantu tetapi merasa ralat kerana tak berkesempatan seperti Faddly, Tareeq dan Saiful...tak per...lain tahun kalu kami pindah, kami bagi tau kat you all....ngeh...ngeh...ngeh!!!
Insyallah, lepas ni tak mau pindah kecuali dah tiba masa nak balik mesia terus !!!!

Terima Kasih sekali lagi, Budi baik kalian sentiasa dalam ingatan kami sekeluarga.

3 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

aik pindah lagi cik kak?kali ni dekat dengan stadium ape lak?

Kak Pah Sherry said...

Sama2 Rozie..apalah sgt pertolongan kami itu...walaupun kita berjauhan (cewahhh mcm le jauh sgt..hehehehe) sillaturahim tetap terjalin..kita akan saling kunjung mengunjung nti.. doakan akak juga akan cepat2 dpt pindah rumah..tak sabor ni!

Mat Gebu said...

Amboiii!!!. Ucapan ala2 ketua pergerakan wanita UMNO cawangan Rombau u.....caya lah kak!!!!