CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 14 December 2007

Jamu mata lagi daa.. Woodhouse

Dah seminggu aku tak jenguk Blog, sejak jumaat lepas broadband kat rumah aku K.O. Hari ni baru ler aku dapat online semula.
Hari ini suhu kat luar mencecah 1C, anak-anak aku pakai baju sampai 3 lapis dan seluar 2 lapis di dalam rumah...2-3 hari kebelakangan ini frost sana-sini, adoiiii...masa ni ler aku mula menghitung hari nak balik Malaysia. Bestkan kalau kat Malaysia tak payah nak berjaket tebal, boleh berselipar jepun jer kalau nak ke mana-mana. Kalau rasa panas bukak kipas atau Aircond...eeeeiiii, rindu dengan suasana tu masa sesejuk ni.
Rumah aku kali ni(Woodhouse) dikelilingi dengan alam semulajadi yang mendamaikan...persekitaran yang agak berbukit, padang-padang yang luas serta jauh dari hiruk pikuk kota. Aku memang gumbira tinggal di kawasan ni.
Kejap tadi masa aku keluar ambil Ryan dari sekolah, sempat juga aku rakamkan suasana alam yang menenangkan jiwa ini...meh kita skodeng sama-sama!

Pokok kobis kat garden rumah aku yang diselaputi frost...ececece, dah ada garden sekarang ni..ngeh..ngeh...ngeh. Jangan salah faham, bukan aku yang tanam...semua ni peninggalan orang dulu-dulu.

Belakang rumah aku...Bila time autumn, sume daun kering berlonggok kat dalam kawasan rumah aku...Masa gambar ni diambil, rumput-rumput memutih kerana frost! nampak tak? kalu tak nampak maknanya korang ada 2x jumaat jer lagi...ampooonnnn!!!

Skodeng kat garden jiran melalui tingkap bilik Ryan..

suasana mendung sekitar pukul 3.15pm hari ini di padang sekolah Ryan

Skodeng dari tingkap bilik aku.. semalam
Bumbung rumah jiran depan ittewww!!!, nun di hujung sana ...saujana mata memandang, ada 5 buah padang bola sepak. Hari Minggu semua padang-padang tersebut digunakan, adakalanya aku tengok macam ada pesta bolasepak...meriah sungguh!!

2 comments:

Mat Gebu said...

Kak...luas ke laman rumah baru tu...bestnya...selalu lepas musim salji, musim bunga kan..(maklumlah kita kat sini cuma ada musim buah2an jee..hehehe)...tak lama lagi tak payah beli sayur kan...seronok nya...esok kalau dah ada garden, jgn lupa hantar gambar taman tu kat pakcik, boleh bbuh kat blog pakcik tu..hehehe..

Rozie said...

insyallah...tapi bila nk masuk musim bunga kitaorg nk balik ke Malaysia bercuti...entah sempat ker tidak akak nk bercucuk tanam!!!! ko doakan ler semangat akak ni kental, harap2 jgn ler hangat2 taik ayam...huhuhu!