CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 26 December 2007

Boxing Day

Boxing day kali ni aku tak kemana-mana yang menarik, cuma bercadang nak jalan-jalan ke Parkgate Retail centre, Rotherham sahaja. Hajat hati cuma releks-releks sambil jalan-jalan cuci mata. Nak shopping??? mmmm...mungkin tidak, aku ni bukan lah kaki shopping lebih-lebih lagi ketika melalui zaman-zaman tak kerja ni.
Ketika nak melangkah kaki keluar rumah sekitar pukul 12pm, telepon hubby berdering...Zaini daripada Machester di talian meluahkan hajat untuk menziarahi kami di rumah pukul 2 pm . Hajat untuk window shopping kami teruskan jua. Sampai di Parkgate, kami ronda-ronda tengok sale, boleh tahan juga sale hari ini!! Tak terasa jam begitu cepat berpusing..baru aku nak belek-belek barang baking, hubby dah ajak balik. Namun aku sempat sambar 3 biji caserole Port Mirion, jadi ler daripada tak ada. Murah juga half price setiap satu.
15minit baru sampai ke rumah, tetamu kami pun sampai. aku tak sempat nak sediakan apa-apa . So, terpaksa lah tetamu aku menunggu...kesian kat diaorang. Lebih satu jam aku bertungkus lumus memasak cekodok bawang dan kuah kacang serta Fusili goreng, itu saja yang ada dalam stok kami maklumlah semua supermarket masih tutup bercuti krismas. Kebetulan kawan satu Uni hubby, Zaki & Murni datang jalan-jalan ke rumah...so, Murni ler yang membantu aku di dapur memotong-motong apa yang patut. Thanks Murni!!
Alamdulillah segalanya berjalan lancar, tetamu-tetamu kami pulang sekitar pukul 7pm.Tak sempat aku nak bergambar dengan mereka...kes terlupa!! Esok, ada tetamu lagi dari Windsor...mmmm aku nak masak apa lagi ekkksss????

3 comments:

Kak Pah Sherry said...

Happy boxing day...nak gi boxing kt mana lg selepas ni?

Butaseni@Wan Raja said...

a'ah lah cik kak,ceritalah pasal boxing day tu.mcm mana boleh dapat nama tu?apa sejarahnya.apa yg menariknya. :)

-peninju keliru hihhihi

Rozie said...

kakpah...borong jgn x borong!!! boxing dlm rumah jer...ekekeke

butaseni....
org kata boxing day tu 26hb dis...sehari selepas krismas...hari buka kotak hadiah yg dia org dpt masa krismas...ekekekek, tak de kena mengena ngan tinju meninju...anyhow, sihat ker?