CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 18 December 2007

Assembly Ryan

Ryan pakai topi santa Claus. Maaf kualiti gambar kurang memuaskan sebab suasana gelap dalam dewan sekolah Brunswick.



Antara kawan-kawan Ryan yang terlibat..

Setelah 3 minggu Ryan bersekolah di Brunswick Comunity Primary School, minggu ini merupakan minggu terakhir Ryan ke sekolah sebelum bercuti 2 minggu sempena Krismas dan tahun baru. Hari ini pula merupakan giliran murid-murid Y2 dan Y3 membuat persembahan untuk meraikan ibu bapa yang di jemput hadir, Ryan pun terlibat sama.
Sambutan Ibubapa untuk menyaksikan persembahan anak-anak mereka di sekolah ini sangat menggalakan sehingga persembahan terpasa diadakan dua sesi, ibubapa perlu menempah tiket 2 minggu awal untuk menghadiri Assembly samada sesi persembahan pukul 9.30 am atau sesi persembahan pukul 2.30pm. Sepatutnya satu family hanya layak seorang sahaja wakil untuk menghadiri Assembly tersebut, tapi aku bernasib baik kerana berjaya mendapat 2 tiket.
Peranan Ryan kecil sahaja untuk persembahan kali ini, maklum ler pelajar baru...Ryan hanya bermain instrumen Indian Bell/tambourine pada sesi 9.30am dan sesi 2.30pm Ryan main instrumen(bell)yang berbentuk segitiga(tak tau nama apa tah?)...Pengalaman yang menarik, Icha pun turut terhibur. Next time kalu ada lagi assembly, kami kena bawa camcorder untuk rakamkan detik-detik yang berharga untuk tatapan Ryan bila dia dewasa kelak.

More....

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI

Kami Raya esok...(Rabu ~ 19 Dis 2007)

2 comments:

raihan hassan said...

selamat hari raya aidiladha...semoga semakin `cergas` dan aktif mendeco kek heheee

-ann-

Butaseni@Wan Raja said...

salam aidil adha dari malaysia :)