CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 15 October 2007

Suasana di Aidilfitri

Menjelang Syawal aku buat persiapan seperti biasa macam ibu-ibu yang lain...tahun ni aku agak excited sikit nak sambut raya kerana semua perkara dalam rumah , aku dan abang uruskan sendiri...aku yakin banget raya jatuh pada hari sabtu, lagipun masa aku telefon mak aku di Malaysia mak aku kata Malaysia raya hari sabtu...

Di malam jumaat yang syahdu selepas berbuka puasa, aku dapat panggilan telefon dari seorang teman..."wei Rozie, esok raya arr"!!!!

terkejut beruk aku!!! memang la terkejut sebab stok barang-barang nak masak untuk juadah hari raya semua belum settle lagi, serai yang nak buat rendang pun masih ada di kedai lagi....huhuhuhu!!

Kesimpulannya Hari Raya pertama aku tak masak apa-apa pun yang special...Awal pagi lagi aku telefon family di Malaysia aku, mintak restu dan bermaafan.Aku kira aku kuat, tapi tak sangka berjuraian juga air mata bila bercakap dengan mak untuk mintak maaf....waaaaa.

Lepas tu aku dan family bersiap-siap ke PMC(Pakistan Muslim Centre) tempat orang Malaysia menyewa untuk sembahyang Hari Raya. Lepas Tadbir,solat aidilfitri dan khutbah kami menikmati jamuan ala kadar.Juadah di PMC hari itu ialah Nasi Impit bersama kuah kacang serta beberapa juadah sampingan yang lain....

Keesokkan harinya baru lah aku buka rumah untuk semua kawan-kawan kami...Letih juga tapi memang seronok, ini ialah kali kedua aku meraikan Aidilfitri di bumi Sheffield...Kami buka rumah sampai hampir pukul 1am...Terima kasih kepada rakan taulan yang hadir pada hari tersebut termasuk rakan-rakan satu fakulti abang~ Red dan suami serta Sung Yi dan suami..

Hari raya ketiga baru lah kami berpeluang menziarahi kawan-kawan..kami sempat pergi 9 buah rumah...Letih dan kekenyangan!!! Pukul 8.30pm kami pulang ke rumah, aku masak nasi putih dan telur mata kerbau..(hampir 2 hari tak jumpa nasi putih...windu!!!!)

1 comments:

Mat Gebu said...

Syabas!!! sebab akak rrozie pun sambut raya mcm kami di M'sia (sabtu)...ahaksss....kira2nya air mata hari raya tu kalau tadah berapa tempayan laaa agaknyaa...hahaha....