CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 23 September 2007

Ramadhan Al Mubarak

Hari ni dah masuk hari ke 12 kita berpuasa, rasanya belum terlewat untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada tetamu aku dan blogger yang tersesat di teratak aku yang hampir nak usang ni...maklum ler, sibuk tahap gaban....!!! gaban pun tak sesibuk aku...kehkehkeh!!!!

masa aku menaip entry ni jam menunjukkan pukul 5.40am, Lepas bersahur tadi, sementara nak tunggu subuh aku amik peluang melabuhkan punggung aku yang berat ni di atas kerusi yang tak berapa empuk ini untuk mengemas laman blog aku yang dah mula bersarang labah-labah...asyik bertenggek kat blog orang, blog sendiri dah mula bersawang....

Cuaca kat sini dah mula nak sejuk balik, lepas ni aku terpaksa ler keluarkan semula jaket-jaket winter dan sweater dari dalam stor...boring betul arr, nak kuar buang sampah pun kena pakai jaket dan kasut boot, memang sadisss!!!

Sebenarnya aku nak bercerita pasal bulan Ramadhan di sini...tahun ni masuk kali kedua aku berpuasa di rantauan,dah setahun rupanya aku di sini....tahun lepas aku jejakkan kaki di sini pada 1st Ramadhan.... Puasa kali ni tak ler sesedih masa first time aku berpuasa di rantauan pada tahun 2001, masa tu ikut hubby cuti belajar juga selama setahun setengah... sedih giller, 1st Ramadhan aku dah buka lagu raya "Dari jauh kupohon maaf'"...mmm lagu sudirman kalu tak silap aku, pas tu aku nangis kaw-kaw!!! maklum ler, masa tu muda lagi, kawin pun tak sampai 2 tahun ...Ryan pun baru berumur setahun. Memang sedih yang amat.

Kali ni, jauh disudut hati ada waktu-waktunya rasa sayu juga kerana berjauhan dengan family di Malaysia, namun dah tak ada masa nak layan perasaan syahdu tu...sibuk melayan kerenah anak-anak yang sedang membesar.

Sabtu lepas (22 sept 2007), giliran warga Tinsley memasak untuk majlis berbuka puasa seluruh warga Melayu di Sheffield, Perghhhh!!!! sibuk giller macam nak buat kenduri kawin, tapi seronok sebab sama-sama bergotong royong ....Aku dapat tugas buat kuih cucur bawang, dia orang kata cucur bawang aku sedap..betul ker??? (mengarut la depa ni) kehkehkeh...

Banyak macam yang kami masak,tapi aku cuma jadi tukang potong-potong jer hehehehe....bagi peluang yang otai-otai masak, kerana mereka lebih berpengalaman...
Antara menu-menunya Nasi minyak hujan panas(25 kilo), ayam masak merah(100 ketul ayam),serawa pisang(10 kilo pisang), cucur bawang(7 kilo tepung) dalca(15 kilo tulang lembu)o , sedikit ayam goreng untuk kanak-kanak dan teh tarik.

Kami start proses di rumah sejak pukul 10.30am, mula memasak di Pakistan Muslim Centre (PMC) iaitu tempat kami menyewa untuk majlis berbuka puasa setiap minggu bermula pukul 12.30tgh dan selesai kesemuanya hampir pukul 7pm...memang agak kelam kabut..!

Letih, tapi puas hati...masa berbuka aku cuma makan sikit-sikit jer, cucur bawang air tangan aku langsung aku tak sentuh...mungkin sebab penat, selera makan pun tertutup....Tapi, tetamu yang hadir malam tu semua makan dengan berselera....aku tumpang bangga!!!!

1 comments:

Mat Gebu said...

Mesti "gebu" kan cucuq bawang tuuu..ahakss..ampoonn akak rroziee...