CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 28 September 2007

Nursery Icha

Rutin aku dan Icha setiap hari khamis , memang Icha tunggu sangat-sangat...Kalau boleh Icha nak pergi Nursery tu hari-hari...anyway, lately aku malas nak menaip panjang-panjang...meh kita layan gambar lagi.., tapi icha terpaksa posing sorang-sorang , aku tak dibenarkan ambil gambar kengkawan icha yang lain...ini semua kerana polisi nursery Tinsley Green!







Thursday 27 September 2007

Catatan Icha~ Ambil Abang Pulang Dari Sekolah

Setiap hari isnin hingga hari Jumaat inilah rutin harian Icha dan mama sejak menjejakkan kaki di UK...Setiap hari, agenda amik abang di sekolah memang Icha tunggu sangat-sangat sebab masa ini lah peluang Icha ikut mama jalan-jalan amik angin naik push chair...

Pukul 3.00pm, mama dah tolak Push chair Icha keluar...yang montot kaler hijau tu kereta papa

Icha mesti lalu sini(Tinsley Green) masa nak pergi amik abang...kat sini lah tempat mama join macam-macam aktiviti, kat sini juga ada nursery tempat Icha lepak-lepak.

Lalu tengah-tengah padang...mama ikut short cut...Dalam plastik tu lah Icha !!! Cuaca dah mula sejuk, sebab tu ler push chair Icha kena bungkus...

Jalan slow-slow kat tepi-tepi rumah orang

Tadaaaa...dah sampai kat sekolah abang. Abang dah besar sikit, sebab tu lah abang sekolah di Junior School...Tahun lepas abang sekolah dekat Infant school saja

Sekolah abang

Kelas abang yang yang paling hujung tuuu!!

Di sini lah tempat mama dengan Icha tunggu abang, kejap lagi abang datang...sejukkkkk..mama pakaikan Icha jaket, kain selimut dan sarung tangan.

masa menunggu abang,Icha duduk dalam rain cover...mama sembang-sembang dengan makcik Aida

abang dah kuar kelas, abang nak tunjuk kat mama homework harini

on the way balik, abang jalan sama kawan-kawan

masa nak melintas jalan, ada lolly pop lady tolong jaga

Lalu semula padang dekat Tinsley Green, kali ni mama tak ikut jalan short cut lagi


Wednesday 26 September 2007

Juadah Berbuka Puasa Hari ini

-->Boleh dikatakan hari -hari aku makan ayam,dah naik jemu.. kali ni kepak ayam pulak..Aku cadang nak buat Kepak Ayam BBQ ala satay, dengar namanya pun macam vogue jer, tambahan pula bulan-bulan puasa ni..

-->Ramuan...bawang putih, bawang merah, halia, serai, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,kicap pekat manis,sos tiram,madu, gula dan sedikit garam.

-->Ayam yang telah di perap 2-3 jam

-->Chicken wing BBQ dah siap di grill, baru keluar dari oven...panasss!!!

-->Juadah berbuka puasa sedia untuk di jamah..~ Nasi Lemak bersama kepak ayam BBQ ala satay-->Makanan favorite Ryan...Tapi aku geram betul dengan Ryan, sebabkan nak tengok Cartoon Network, makan dalam keadaan tergesa-gesa!!! --> Icha pun join sama masa berbuka, tolong kacau jer

Baju Kurung pertama untuk Icha





















2 minggu lepas, Tok mama Penang kirim baju kurung raya warna purple untuk Icha...cutenyaaaaa!!!!
Semenjak Icha dilahirkan, ini ialah baju kurung pertama miliknya....Kami pilih warna purple sebab nak match kan dengan baju raya kami satu famili (tahun lepas punya daaa)...Tahun ini, Icha sorang jer yang dapat baju raya baru....Sebelum tu, tok mama pernah kirim tudung warna purple untuk Icha...baju dengan tudung tu memang matching sesangat!!!
Di suatu malam yang indah, lepas berbuka puasa...Aku posingkan Icha dengan baju barunya. Kebetulan masa tu mood dia sangat baik!!!

layannnnzzzz

Batang Buruk/Ranting Buruk

Puas aku mencari resipi batang buruk, maklum ler Batang buruk memang peberet aku.. tapi tidak ketemu...tak ada siapa yang sudi menderma resipi batang buruk untuk aku....seingat aku masa sekolah menengah dulu aku pernah try buat batang buruk sendiri ikut resipi yang pernah aku jumpa di dalam surat khabar,tapi kulitnya keras macam kayu hidup...sejak itu aku tak pernah lagi buat batang buruk sendiri, kalau nak makan batang buruk aku cuma order saja.

Semenjak hidup di UK ni aku mula meleleh air liur nak makan Batang Buruk...tapi,mana aku nak cari??? nak mintak orang dari Malaysia poskan...silap hari bulan sampai dah hancur lebur!

Semalam aku buat eksperimen melalui apa yang aku tahu pasal Batang Buruk, dan aku buat sedikit pengubahsuaian, menurut kawaku nama sebenarnya Ranting Buruk kerana menggunakan kulit popia...hasilnya memang best giller, sekali hadap...licin!!

Ranting Buruk
bahan
2 cawan kacang hijau
1/2 cawan gula(kalau nak manis tambah lagi)
kulit popia secukupnya
1 biji telur
minyak masak

cara

-kacang hijau digoreng tanpa minyak hingga masak dengan api yang kecil.
-buang kulit(proses ini aku tak lalui sebab aku beli kacang hijau yang memang dah tak ada kulit..kehkehkeh)
-kisar kacang bersama dengan gula hingga halus...tapis jika perlu. ketepikan.

Kulit batang buruk....


- potong kulit popia kecil-kecil bersaiz lebih kurang 2cm x 4cm...kalau nak buat saiz lebih besar boleh aje!!
-Pukul telur sedikit..
-Gulungkan kulit popia, sapu telur di bahagian hujungnya supaya gulungan tidak terbuka. Buat hingga habis...goreng hingga kekuningan-kuningan..
-Toskan.
-Lumurkan kulit popia , dan masukkan juga ke dalam bahagian yang berongga dengan tepung kacang hijau tadi,
-Simpan dalam bekas kedap udara atau boleh lah di ngap terus!
Batang Buruk Kulit Popia, aku pernah makan sekali masa aku beraya di rumah kawan 2 tahun lepas....

Monday 24 September 2007

Gambar Masak-masak

Meh ler kita layan gambar pulak...

Sedang menumis dalca...mmmm, sibuk!!!

Opppsss, posa ker tak tueeeee???

Alamak, sapa yang gumuk tue??? serammm

Abang aku pun sibuk jugak...hehehehe

Sunday 23 September 2007

Ramadhan Al Mubarak

Hari ni dah masuk hari ke 12 kita berpuasa, rasanya belum terlewat untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada tetamu aku dan blogger yang tersesat di teratak aku yang hampir nak usang ni...maklum ler, sibuk tahap gaban....!!! gaban pun tak sesibuk aku...kehkehkeh!!!!

masa aku menaip entry ni jam menunjukkan pukul 5.40am, Lepas bersahur tadi, sementara nak tunggu subuh aku amik peluang melabuhkan punggung aku yang berat ni di atas kerusi yang tak berapa empuk ini untuk mengemas laman blog aku yang dah mula bersarang labah-labah...asyik bertenggek kat blog orang, blog sendiri dah mula bersawang....

Cuaca kat sini dah mula nak sejuk balik, lepas ni aku terpaksa ler keluarkan semula jaket-jaket winter dan sweater dari dalam stor...boring betul arr, nak kuar buang sampah pun kena pakai jaket dan kasut boot, memang sadisss!!!

Sebenarnya aku nak bercerita pasal bulan Ramadhan di sini...tahun ni masuk kali kedua aku berpuasa di rantauan,dah setahun rupanya aku di sini....tahun lepas aku jejakkan kaki di sini pada 1st Ramadhan.... Puasa kali ni tak ler sesedih masa first time aku berpuasa di rantauan pada tahun 2001, masa tu ikut hubby cuti belajar juga selama setahun setengah... sedih giller, 1st Ramadhan aku dah buka lagu raya "Dari jauh kupohon maaf'"...mmm lagu sudirman kalu tak silap aku, pas tu aku nangis kaw-kaw!!! maklum ler, masa tu muda lagi, kawin pun tak sampai 2 tahun ...Ryan pun baru berumur setahun. Memang sedih yang amat.

Kali ni, jauh disudut hati ada waktu-waktunya rasa sayu juga kerana berjauhan dengan family di Malaysia, namun dah tak ada masa nak layan perasaan syahdu tu...sibuk melayan kerenah anak-anak yang sedang membesar.

Sabtu lepas (22 sept 2007), giliran warga Tinsley memasak untuk majlis berbuka puasa seluruh warga Melayu di Sheffield, Perghhhh!!!! sibuk giller macam nak buat kenduri kawin, tapi seronok sebab sama-sama bergotong royong ....Aku dapat tugas buat kuih cucur bawang, dia orang kata cucur bawang aku sedap..betul ker??? (mengarut la depa ni) kehkehkeh...

Banyak macam yang kami masak,tapi aku cuma jadi tukang potong-potong jer hehehehe....bagi peluang yang otai-otai masak, kerana mereka lebih berpengalaman...
Antara menu-menunya Nasi minyak hujan panas(25 kilo), ayam masak merah(100 ketul ayam),serawa pisang(10 kilo pisang), cucur bawang(7 kilo tepung) dalca(15 kilo tulang lembu)o , sedikit ayam goreng untuk kanak-kanak dan teh tarik.

Kami start proses di rumah sejak pukul 10.30am, mula memasak di Pakistan Muslim Centre (PMC) iaitu tempat kami menyewa untuk majlis berbuka puasa setiap minggu bermula pukul 12.30tgh dan selesai kesemuanya hampir pukul 7pm...memang agak kelam kabut..!

Letih, tapi puas hati...masa berbuka aku cuma makan sikit-sikit jer, cucur bawang air tangan aku langsung aku tak sentuh...mungkin sebab penat, selera makan pun tertutup....Tapi, tetamu yang hadir malam tu semua makan dengan berselera....aku tumpang bangga!!!!

Wednesday 12 September 2007

Siapa Sangka

Malu nak cerita kat sini....sebenornye aku tak kerja...kehkehkehkeh!!!!!

semalam....masa aku bersiap-siap nak pi kerja, si kecil nangis-nangis macam tau-tau jer aku nak pi kerja tinggalkan dia...pas tu banyak lagi masalah kecik yang berkait-kait yang boleh jadi besar, kalau aku pi kerja....

So, aku terpaksa mengalah, lagipun elaun sara hidup kat oversea dah naik 97%....kehkehkehkeh!!!!!!...TQ Malaysia!!!!

Now, back to normal....tapi aku malu lagi ni!!!!(tutup muka) ahakkkkkkssss!!!!

Tengahari semalam sepupu hb sampai dari USA, duduk kat rumah aku 2-3 minggu sebelum balik Malaysia..katanya nak tour Europe...lepas tu petang semalam kawan hb baru sampai dari Malaysia, nak duduk di Sheffield ni untuk pengajian masternya....Sibuk ler sikit melayan tetamu, tapi aku tak kisah...hidup kat negara orang kena la tolong menolong.

Petang semalam juga anak aku Icha demam...hari ni masih lagi begitu...!!!

Saja nak cerita kat sini, semalam mak Jessica(class mate Ryan) masuk islam...alhamdulillah, aku rasa sebak sebab gumbira, angsangkarable(tak sangka) sebab selama ni aku lihat dia memang pure mat salleh, tak pernah aku tengok dia berkawan baik dengan sapa-sapa yang muslim....aku jumpa dia pun tegur gitu-gitu jer, sebelum ni dia pernah tinggal berjiran di hadapan rumah aku....Aku tumpang seronok sebab ada nur islam yang singgah dalam hatinya...siapa sangka!!!!

Monday 10 September 2007

Kerja

Pagi tadi aku ada interview...esok aku akan mula bekerja sambilan di sebuah farmasi berhampiran dengan rumahku...mulai esok aku akan punya rutin harianku yang baru!!!
Tak dapat lah aku selalu bertenggek di depan PC ini lagi...harap-harap keputusan yang aku buat ini tidak menyusahkan orang-orang yang berada di sekeliling aku...Esok aku akan drive ke tempat kerja, suspen jugak sebab aku tak biasa memandu kereta di Negara orang...Tapi , hari sabtu lepas aku dah test drive....yakin boleh!!!