CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 5 July 2007

It's His Birthday...

2nd celebration(Hari sabtu), bersama tetamu

Air tangan aku sendiri khas untuk Ryan

Kek Spiderman( kedai mali) , family celebration(5 julai, Khamis)

Hari ni Birthday anak sulung Ryan Ikmal kali yang ke 7, Happy Birthday sayang!!!!
semalam Ryan pergi trip ke Zoo bersama rakan-rakannya...entah ler, mungkin aku tak ada sense pasal duit poket dan Ryan pun tak minta....So, aku cuma bekalkan dia pakaian tebal supaya dia tidak kesejukkan, makanan dan minuman yang secukupnya untuk pastikan dia tidak kelaparan. Pukul 4.30pm aku ke sekolah untuk ambil dia...aku imagine pasti dia tak sabar-sabar nak bercerita pada aku tentang pengalaman dia dan rakan-rakannya semasa di Zoo.

Masa di sekolah, dari jauh aku dah nampak dia buat muka sardin...mmm apa pulak yang tak kena, aku mula konfius..Sebaik sahaja dia jumpa aku, air mata dia dah mula meleleh...sambil menagis tu dia marah kat aku sebab aku tak bagi dia duit masa nak pergi trip tu....dia komplen kat aku sebab kawan-kawan dia semua dapat membeli dan bawa balik macam-macam ole-ole... Aku kesian juga kat dia, apsal la aku tak terfikir langsung pasal tu. Kalau aku kat tempat dia, aku pun sedih juga!! ishhhh, apalah punya makkk!!!!

Masa di rumah,Ryan monyok jer...sesekali dia cakap 'I'm not happy boy!'...adehhhh.
then, terus telefon papanya nak mengadu ketidak puasan hati, lepas telefon tu tiba-tiba jer mood dia berubah...lalalalalala
Rupanya papa dia dah belikan Jam Tangan SPIDERMAN baru sebagai hadiah birthday dengan sebiji kek SPIDERMAN...patut ler suka hati sangat, asyik duduk kat tepi tingkap tunggu papanya pulang!!!

0 comments: