CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 31 July 2007

Cabut Gigi


Hari ini Ryan cabut gigi di General Hospital Rotherham...Kesian tengok dia, tapi aku redha untuk kebaikan dirinya. Sepatutnya bulan lepas, namun kerana kurang yakin di hati kami terutama papanya membuatkan kami menangguhkan temujanji tersebut ke hari ini....

Cubalah bayangkan, 7 batang sekali cabut,Seawal pukul 8.00am Ryan perlu berpuasa...kemudian di hospital, Ryan diberi ubat pelali untuk di tidurkan..., sedar-sedar dari pengsan, empat gigi geraham bawah dan tiga gigi geraham atas sudah tiada. Setelah selesai memang Ryan kelihatan agak lemah, tapi aku bersyukur sebab Ryan releks sahaja, tak menangis langsung...bila aku tanya sakit ke tidak...jawapannya "NO"...

Balik dari Hospital, kami singgah ke Argos untuk belikan toy baru...Transformer, yang sedang panas di pawagan kebelakangan ini sebagai hadiah untuknya kerana kuat semangat..

Aku masakkan bubur nasi special... khas untuknya

Tuesday 24 July 2007

Warna-warni...








Monday 23 July 2007

Scotland

Lama sudah aku kepingin ke Scotland....
baru kali ini impian terlaksana.....
walaupun cuma sekadar dua hari satu malam,
bermula hari sabtu yang lalu ....
namun aku tetap gumbira...
perjalanan memakan masa hampi 5 jam...
singgah di Glassgow sebentar dan kemudian terus ke Edinburgh....
Bermalam di rumah sahabat di tengah-tengah kota....
Atas rumah bawah kedai....
arghhh, cakap pun tak guna...
mari ler kita menjamu mata...








Wednesday 11 July 2007

Strawberry Picking2



Icha bersama Yong

Aku rasa macam rugi besar jer sebab tak pergi petik buah strawberry ni masa awal-awal musim , ketika aku pergi ke ladang strawberry tempoh hari dah nak masuk penghujung musim so tak banyak buah strawberry yang boleh di petik, lagian pula baru jer reda banjir di kawasan ni...jadi, pokok-pokoknya ada yang jadi kurus dan ada pulak yang macam nak mati...

masa memetik buah strawberry tu aku cuma petik ciputttt jer dalam anggaran satu punnet penuh buah strawberry dan setengah punnet buah rasberry, ye lah sebab takut kena charges mahal...nanti bising pulak cik abang aku yang sorang tu!!!

Tapi, aku betul-betul menyesal...kalau aku ambil banyak sikit pun tak per, sebab murah jer satu punnet tu cuma kena charges GBP1.00 jer....

Tempat ni aku akan tandakan dengan warna merah, tahun depan aku kena pergi semula...dekat sangat dari rumah aku!!!

Tuesday 10 July 2007

Strawberry Picking

Ahad lepas aku satu famili ke Strawberry picking di sebuah farm....nanti ler aku cerita lagi...entah apa lah rasa mcm sibukkk jer lately, tapi tak buat apa punnnn...lama betul aku tak update blog ni
sorry dorry strawberry!!!!

Thursday 5 July 2007

It's His Birthday...

2nd celebration(Hari sabtu), bersama tetamu

Air tangan aku sendiri khas untuk Ryan

Kek Spiderman( kedai mali) , family celebration(5 julai, Khamis)

Hari ni Birthday anak sulung Ryan Ikmal kali yang ke 7, Happy Birthday sayang!!!!
semalam Ryan pergi trip ke Zoo bersama rakan-rakannya...entah ler, mungkin aku tak ada sense pasal duit poket dan Ryan pun tak minta....So, aku cuma bekalkan dia pakaian tebal supaya dia tidak kesejukkan, makanan dan minuman yang secukupnya untuk pastikan dia tidak kelaparan. Pukul 4.30pm aku ke sekolah untuk ambil dia...aku imagine pasti dia tak sabar-sabar nak bercerita pada aku tentang pengalaman dia dan rakan-rakannya semasa di Zoo.

Masa di sekolah, dari jauh aku dah nampak dia buat muka sardin...mmm apa pulak yang tak kena, aku mula konfius..Sebaik sahaja dia jumpa aku, air mata dia dah mula meleleh...sambil menagis tu dia marah kat aku sebab aku tak bagi dia duit masa nak pergi trip tu....dia komplen kat aku sebab kawan-kawan dia semua dapat membeli dan bawa balik macam-macam ole-ole... Aku kesian juga kat dia, apsal la aku tak terfikir langsung pasal tu. Kalau aku kat tempat dia, aku pun sedih juga!! ishhhh, apalah punya makkk!!!!

Masa di rumah,Ryan monyok jer...sesekali dia cakap 'I'm not happy boy!'...adehhhh.
then, terus telefon papanya nak mengadu ketidak puasan hati, lepas telefon tu tiba-tiba jer mood dia berubah...lalalalalala
Rupanya papa dia dah belikan Jam Tangan SPIDERMAN baru sebagai hadiah birthday dengan sebiji kek SPIDERMAN...patut ler suka hati sangat, asyik duduk kat tepi tingkap tunggu papanya pulang!!!