CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 14 June 2007

Dalam Kenangan

Pagi-pagi lagi aku sudah menerima berita yang begitu mengejutkan, Abang mendapat layangan email daripada seorang sahabat bahawa seorang lagi sahabat kami Che Zulkarnain bin Che Abidin telah selamat kembali ke rahmatullah kerana sakit dada....Innalillahiwainnailaihirojiuuuuunnnn.

Sepi seketika, aku termenung dan mula mencari-cari kenangan lama...keinsafan menebal di hati, sedih dan aku mula menbayangi sibalu yang sedang menghadapi dugaan ini, bagaimanakah keadaannya di saat ini??

Suatu ketika dahulu, 5 tahun lepas kami diperkenalkan oleh seorang kawan ketika di Surrey...itupun secara kebetulan ketika masing-masing kebuntuan kerana ketiadaan tempat tinggal. Elaun ketika itu cuma GBP750, manakala rumah sewa di sekitar pinggir London GBP750...memang perit...rasa macam nak balik Malaysia! Akhirnya keluarga aku dan keluarga Arwah abang zul berkongsi rumah.

Suatu ketika dahulu, aku mula mengenali arwah abang Zul...luaran nampak bruttal, tetapi sebenarnya seorang yang baik hati dan lembut.

Suatu ketika dahulu, kami pernah berjalan bersama sambil berposing di hadapan Buckingham Palace...

suatu ketika dahulu, seorang kawan lagi(Fairus n famili) berminat nak join kami tinggal serumah...so, ada 3 famili kesemuanya. Rumah itu cuma ada 2 bilik, kami convert ruang tamu jadi bilik dengan cuma menggunakan sehelai tabir.

Suatu ketika dahulu, ketika cuti hari Natal....awal-awal pagi lagi arwah abang Zul,isterinya kak Mery dan anaknya sudah keluar dari rumah...katanya nak jalan-jalan di kota London. Tengah hari mereka pulang dengan hampa kerana menunggu berjam-jam namun satu kelibat kereta api, bas mahupun teksi tidak lalu tak ada pada hari tersebut kerana semuanya pakat bercuti.

suatu ketika dahulu, aku pernah menjadi tukang masak tak bertauliah untuk arwah abang Zul dan anaknya sepanjang 3 bulan ketiadaan kak Mery kerana pulang ke tanahair.

suatu ketika dahulu, bila sudah ada kelapangan kami sama-sama gotong-royong paku dinding bilik Fairus guna plywood...arwah abang zul lah yang menjadi mastermind nya!!!

Suatu ketika dahulu, aku dan arwah abang zul sama-sama buat hantaran pertunangan anak Landlord aku (sebelah rumah) stail ala-ala malaysia.....Depa yang tengok terpegun, memang cantik!

Suatu ketika dahulu, arwah abang zul pernah pitam sebab dapat tahu hari tersebut merupakan tarikh due kena hantar assignment, sedangkan dia tak tahu dan tak siap satu apa pun.Fairus bawa dia ke klinik, rupanya dia kena tekanan darah tinggi...waktu itu dia terlalu stress!

suatu ketika dahulu, semasa abang dan Fairus ke London menaiki Nissan Micra tuaku untuk beli tiket balik malaysia...aku,Ida (isteri Fairus) dan arwah abang Zul tinggal di rumah. Ketika hari hampir senja, abang dan Fairus masih tak pulang-pulang...tiba-tiba Ida jatuh sakit, ...dalam kelam kabut, telefon di rumah berdering...rupa-rupanya kereta tuaku rosak di pertengahan jalan....Arwah abang Zul lah yang banyak membantu...membawa Ida ke Hospital, mencari lokasi dimana kereta tuaku tersadai dan membawa fairus menjenguk isterinya di hospital. Kalau arwah tiada masa tu aku pun tak tau apa akan jadi.

Terlalu banyak kenangan suka dan duka menerjah di minda aku ketika ini....

Takziah kuucapkan ikhlas untuk Kak Mery dan keluarga yang kini berada di Sabah, semoga tabah menghadapinya...namun aku faham berat mata ini memandang malah berat lagi bahu yang menanggungnya...

Alfatihah untuk Allahyarham abang zul

4 comments:

Nur Hafiza Hasan said...

Salam, Kak Rozie..
Dan takziah.
=(

Izariza said...

Terdiam sejenak ..
Innalillahiwaiinailaihiraji'uun

Semoga arwah berada dalam kalangan orang-orang beriman.

Suatu ketika dahulu, aku juga kehilangan seorang kawan kerana kemalangan..

Butaseni@Wan Raja said...

salam,
aku akan tumpang sedekah al-fatihah kepada sahabatmu.
salam

pjoe said...

Salam,
semoga roh arwah dicucuri rahmat.

amin.