CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 29 June 2007

Banjir

Sheffield, South Yorkshire dilanda banjir......aku sipi-sipi jer nak jadi mangsa, nasib menyebelahi aku dan keluarga, sekitar kawasan berhampiran rumah aku ditenggelami air, ada yang setinggi bumbung kereta tapi kawasan perumahan aku tak jadi apa-apa...Alhamdulillah!!!

hampir 3 hari bekalan letrik terputus, khabarnya esok blackout lagi!!! mulai esok dalam seminggu hujan berterusan di sini....aku tengah suspen arrr, hari ini orang ramai berpusu-pusu membeli bekalan keperluan harian untuk menghadapi sebarang kemungkinan....


Monday 18 June 2007

Piknik

Sebelum pulang ke rumah, sempat posing satu famili
Ryan dan adiknya di perkarangan parkir kereta
semasa mula-mula sampai

Semalam aku berpiknik lagi bersama kawan-kawan lain, konsep kali ini santai BBQ berlatar belakang perahu layar( macam kelas bunyinya) di Rotter Valley...tak sampai 15 minit dari rumahku ....kalau tak silap aku ,lebih kurang 19 famili yang mengambil bahagian.

Sejak malam semalam kami bergotong royong membuat persiapan mencucuk satay untuk BBQ...hidangan kali ini memang menyelerakan; satay ayam,satay daging, udang dan hidangan pot luck setiap famili.

Namun aku terpaksa balik awal kerana Ichaku tak sihat....aku rasa tak sedap hati nak bergumbira sedangkan Icha di serang virus!

sebelum balik sempat juga singgah temankan Ryan dan papanya main perahu kayuh...

Thursday 14 June 2007

Dalam Kenangan

Pagi-pagi lagi aku sudah menerima berita yang begitu mengejutkan, Abang mendapat layangan email daripada seorang sahabat bahawa seorang lagi sahabat kami Che Zulkarnain bin Che Abidin telah selamat kembali ke rahmatullah kerana sakit dada....Innalillahiwainnailaihirojiuuuuunnnn.

Sepi seketika, aku termenung dan mula mencari-cari kenangan lama...keinsafan menebal di hati, sedih dan aku mula menbayangi sibalu yang sedang menghadapi dugaan ini, bagaimanakah keadaannya di saat ini??

Suatu ketika dahulu, 5 tahun lepas kami diperkenalkan oleh seorang kawan ketika di Surrey...itupun secara kebetulan ketika masing-masing kebuntuan kerana ketiadaan tempat tinggal. Elaun ketika itu cuma GBP750, manakala rumah sewa di sekitar pinggir London GBP750...memang perit...rasa macam nak balik Malaysia! Akhirnya keluarga aku dan keluarga Arwah abang zul berkongsi rumah.

Suatu ketika dahulu, aku mula mengenali arwah abang Zul...luaran nampak bruttal, tetapi sebenarnya seorang yang baik hati dan lembut.

Suatu ketika dahulu, kami pernah berjalan bersama sambil berposing di hadapan Buckingham Palace...

suatu ketika dahulu, seorang kawan lagi(Fairus n famili) berminat nak join kami tinggal serumah...so, ada 3 famili kesemuanya. Rumah itu cuma ada 2 bilik, kami convert ruang tamu jadi bilik dengan cuma menggunakan sehelai tabir.

Suatu ketika dahulu, ketika cuti hari Natal....awal-awal pagi lagi arwah abang Zul,isterinya kak Mery dan anaknya sudah keluar dari rumah...katanya nak jalan-jalan di kota London. Tengah hari mereka pulang dengan hampa kerana menunggu berjam-jam namun satu kelibat kereta api, bas mahupun teksi tidak lalu tak ada pada hari tersebut kerana semuanya pakat bercuti.

suatu ketika dahulu, aku pernah menjadi tukang masak tak bertauliah untuk arwah abang Zul dan anaknya sepanjang 3 bulan ketiadaan kak Mery kerana pulang ke tanahair.

suatu ketika dahulu, bila sudah ada kelapangan kami sama-sama gotong-royong paku dinding bilik Fairus guna plywood...arwah abang zul lah yang menjadi mastermind nya!!!

Suatu ketika dahulu, aku dan arwah abang zul sama-sama buat hantaran pertunangan anak Landlord aku (sebelah rumah) stail ala-ala malaysia.....Depa yang tengok terpegun, memang cantik!

Suatu ketika dahulu, arwah abang zul pernah pitam sebab dapat tahu hari tersebut merupakan tarikh due kena hantar assignment, sedangkan dia tak tahu dan tak siap satu apa pun.Fairus bawa dia ke klinik, rupanya dia kena tekanan darah tinggi...waktu itu dia terlalu stress!

suatu ketika dahulu, semasa abang dan Fairus ke London menaiki Nissan Micra tuaku untuk beli tiket balik malaysia...aku,Ida (isteri Fairus) dan arwah abang Zul tinggal di rumah. Ketika hari hampir senja, abang dan Fairus masih tak pulang-pulang...tiba-tiba Ida jatuh sakit, ...dalam kelam kabut, telefon di rumah berdering...rupa-rupanya kereta tuaku rosak di pertengahan jalan....Arwah abang Zul lah yang banyak membantu...membawa Ida ke Hospital, mencari lokasi dimana kereta tuaku tersadai dan membawa fairus menjenguk isterinya di hospital. Kalau arwah tiada masa tu aku pun tak tau apa akan jadi.

Terlalu banyak kenangan suka dan duka menerjah di minda aku ketika ini....

Takziah kuucapkan ikhlas untuk Kak Mery dan keluarga yang kini berada di Sabah, semoga tabah menghadapinya...namun aku faham berat mata ini memandang malah berat lagi bahu yang menanggungnya...

Alfatihah untuk Allahyarham abang zul

Tuesday 5 June 2007

Al-Kisah

Al-kisahnya....aku ada seorang makcik, banyak-banyak makcik yang aku ada di sebelah ayah aku(adik ayah aku), makcik aku yang ini yang sentiasa berhubungan dengan aku...Dia ialah makcik peberet aku.....Entah ler, memang aku suka sangat kat dia! Makcik aku ni berkahwin dengan seorang lelaki AKA pakcik aku lah tu...Pakcik aku ni memang baik, pandai melayan anak-anak sedara sebelah makcik aku seadanya...dia memang cool orangnya, mudah tersenyum orangnya.
Aku ingat lagi masa zaman bebudak aku dulu, makcik dan pakcik aku ni rajin datang melawat kami sekeluarga di kampung ...ada saja buah tangan dibawanya untuk mak dan ayah aku serta ole-ole untuk kanak-kanak...biasanya gula-gulalah!!! Sebelum pakcik aku bagi gula-gula kat aku, aku kena baca sifir apa-apa jer yang aku tau baru boleh makan gula-gula....adehhh!!!

Al-kisahnya lagi....Tahun lepas, mereka berdua menunaikan ibadah haji di Mekah. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang telah dirancang, mereka pulang ke tanahair dengan selamat. Aku pula ketika itu selamat melahirkan Icha.....selepas 2 minggu usia Icha, makcik dan pakcik ku datang melawat kami sambil membawa bersama sourvinir dari mekah untuk Icha.

Al-kisahnya lagi...Setelah 45 hari usia Icha, Makcikku menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika usianya 50an secara tiba-tiba selepas sehari koma kerana serangan jantung di Hospital Selayang. Semasa beliau sedang koma, aku sempat menjengah beliau buat kali terakhir dan sempat jua aku mengucup dahinya....arghhhh, aku benar-benar simpati dengan pakcikku dan dua orang anaknya. innalillah......

Pejam celik,pejam celik...kini usia Icha dah pun menjangkau 1 tahun 4 bulan, bermakna sudah 1 tahun 5 bulan makcikku meninggalkan kami semua.....

Sabtu lepas aku telefon mak di Malaysia.....

Al-kisahnya....aku dapat tau dari mak ,Hari sabtu lepas merupakan satu lagi hari bersejarah pakcik aku...beliau dah menamatkan zaman dudanya dengan gadis Johor yang hampir seusia denganku! Khabarnya majlis sebelah pakcikku akan diadakan secara besar-besaran di rumah pakcikku esok (sabtu) iaitu rumah yang menyimpan banyak kenangan di antara arwah makcik dan pakcikku....

Ramai suara-suara yang membangkang perkahwinan itu, ....Aku termenung seketika, entah kenapa tiba-tiba aku cuba mengingat kembali wajah-wajah arwah makcikku!!!

Namun, aku akur...pada aku biarlah dia berbahagia...Besar pahalanya mendirikan masjid!!!buat apa lah nak tolong rebutkan untuk orang yang telah tiada...yang pergi, biarlah dia pergi dengan aman....

***Notaku: Masih terbayang-bayang wajahnya diingatan, masih sukar untuk menerima
hakikat ketiadaannya... Al-fatihah!!!

~Selamat Pengantin Baru untuk Pak Lah!

Lintas Langsung Dari Dapurku

Tiga empat minggu ni mungkin aku tak jalan ke mana-mana...kena duduk diam-diam , bagi peluang duit beranak-pinak dulu heheheh....sementara tu layan ler cerita DAPUR aku ni, Itu jer la modal aku semenjak menjadi penganggur terhormat ni...

Hari ini

Pagi...

Patutnya aku tak perlu bangun awal sebab semalam aku tidur pukul 2.40am layan forum MR.com punya pasal, lagipun masuk waktu Subuh bermula pukul 2.30am.... tapi aku terpaksa bangun awal jugak sebab abang dan putra-putriku dah bangun nak itu dan ini...

aku buat cekodok pisang jer. Sambil tu aku rebus kacang merah sebab aku cadang nak buat ABC...slurrrrppp!!! Abang pun dah keluar ke U atas tuntutan kerjanya.


Tengah hari

Malas rasa nak masak sebab aku tinggal tiga beranak jer, selak-selak MR.com... aku pun buat Nugget ayam...sebut jer nugget ayam aku teringat sos cili, makan nugget ayam cicah sos cili sedap jugak! sebut jer pasal sos cili aku teringat pulak kat sos keropok lekor.... adehhh, berkait-kait ler pulak...Akupun terus rebus cili kering sebab teringin nak cuba buat sos keropok lekor. Resipinya memang aku tak der, tapi hantam sajalah ikut deria rasa aku.......(dah siap dah pun, ada kat dalam fridge)

Sambil makan Nugget, aku anak beranak kerjakan ABC...3 mangkuk jugak ler selesai.
Nasib baik juga member aku hadiahkan aku mesin penyagat ais tu kat aku masa majlis perpisahan sebelum aku terbang ke UK, dapat jugak ler aku melepaskan rindu pada ABC, Thanks Anita!!!


Petang


Boring, tak tau nak buat apa-apa walaupun sebenarnya banyak kerja yang menunggu,...lepas selesai masak untuk makan malam aku menyibukkan diri buat kek sponge...dah lama aku tak main pondok-pondok! Niat aku yang sebenarnya bukan nak makan kek sangat... tapi, nak try main Icing...nak decorate kek lah tu!!!Walaupun peralatan dan bahan-bahan tak lengkap sebab aku tak plan langsung, namun oleh kerana semangat aku berkobar-kobar macam jalur gemilang....aku sanggup!!! pandai-pandai lah aku begakan nanti! Icha good girl hari ni...dia relakan mama dia buat apa saja kat dapur....

dah siap...Ryan kata "WOW", tapi bukan pada kek yang aku decorate tapi pada buah ceri yang tertonggok kat atas icing tuh!!!!adehhh...

Abang balik....
jengah ke dapur......

"aik...ada nugget!"
"bila Yang beli? beli kat kedai mana?".....

kembang hidung aku kejap....siapa sangka nugget yang aku buat hari ini setaraf ngan nugget yang kat kedai tu!!! hehehehe