CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 27 May 2007

Piknik Di Chatsworth


Penyambut tetamu di pintu masuk ke Farmyard



Pagi semalam langit mendung..... sejak hari Isnin lagi kami dah plan nak berpiknik di
Chatsworth, sejak hari Isnin lagi aku dah tengok ramalan cuaca kononnya semalam cuaca cerah,
sejak hari Isnin lagi aku dah fikir nak masak apa untuk ber piknik, sejak hari Isnin kami dah
pakat-pakat ramai-ramai nak konvoy ke Chatsworth.....


Sehari sebelum semalam bila aku tengok balik ramalan cuaca rupa-rupanya 'depa' dah 'hapdet' lain...Sheffield dan Chatsworth dilanda mendung dan hujan, aduh! aku tertipu lagi...cuaca di England ni memang gila!!! abih nak buat macam mana, semua dah tersedia...nasi impit dah buat...rendang pun dah masak, kawan-kawan pun ramai yang nak join...Apa nak jadi-jadi lah, rancangan berpiknik kami teruskan jua.

Chatsworth, kata orang lokasi pembikinan filem Pride and Prejudice, aku pernah dengar tajuk cerita ini tapi tak pernah tengok lagi( ketinggalan ke aku?)..Tempat kediaman Duke & Duchess of Devonshire, Sudah menjadi tumpuan orang ramai sejak 300 tahun dahulu. Keindahan tamannya yang bersaiz 1000 ekar adalah di antara yang terbaik di England( di dunia..mungkin?)

Sesampainya di Chatsworth, kami di sambut dengan berpuluh-puluh ekor biri-biri yang sedang meragut rumput...sejuk mata memandang, padang ragutnya luas terbentang, kehijauannya benar-benar mendamaikan. Hujan turun renyai- renyai....

Mula-mula sekali soruuu..., dah puas lepak-lepak , makan sambil bergossip di bawah rintikan hujan dan angin yang sejuk menikam ke tulang, kami jalan-jalan layan anak-anak untuk melawat Farm dan Adventure playground....Farm di sini tidak menarik minat aku, baunya pun tak menyelerakan tambahan pula di kawasan kandang kh****r.....adeh.., setengah mati menahan nafas!!!! namun playgroundnya memang nampak menyeronokkan, kalau aku jadi Ryan mungkin aku rasa tak nak balik...banyak benda yang boleh di teroka. Secara keseluruhannya aku memang tak puas hati dengan tiketnya yang agak mahal(GBP4/person)..

Settle part anak-anak, Aku memang ternanti-nanti part melawat kawasan Gardennya ini...Tiket masuk boleh tahan juga harganya sejumlah GBP 15.00 untuk aku sefamili. Masuk sahaja kawasan garden...arkhhh, aku terus jatuh cinta...memang menakjubkan!!!Pelbagai jenis garden yang menakjubkan di tonjolkan di sini seperti water fountain garden, rock garden, maze, cottages and kitchen garden, waterfall, arca dan banyak lagi....anak-anak juga enjoy ketika berada di situ. Namun kami tak sempat nak melawat keseluruhan garden ,kaki mula rasa longgar dan masa benar-benar menghimpit kami tambahan pula ada jemputan majlis tahlil yang perlu dihadiri petang itu. Sebelum pulang sempat juga kami 'isi minyak' dulu, piknik kali kedua...ye lah, dah penat berjalan perut pun mula menyanyi, hujan masih turun....
Dengan perasaan yang berat aku dan keluarga pulang meninggalkan Chatsworth yang penuh dengan kenangan walaupun disambut dengan hujan renyai-renyai....
sampai di rumah, hujan pun berhenti!!!!

0 comments: