CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 6 May 2007

Liverpool...sedingin bayu lautmu


Kami ke Liverpool hari ini, di sebelah paginya aku merasakan seolah-olah rancangan ke Liverpool hari ini adalah sia-sia kerana cuaca yang tidak menarik, hampir sepanjang perjalanan kami selama 2 jam itu diiringi dengan mendung hitam dan sesekali hujan renyai-renyai membasahi kereta kami...rupa-rupanya itu semua gimik belaka, Apabila kami sampai di Liverpool mentari bersinar cerah walaupun dinginnya mencucuk ke tulang hitamku...itu cuma perkara biasa!!!!

Destinasi pertama kami sudah semestinya stadium tersohor Liverpool FC,Suasana sekitar kawasan stadium mengerikan kerana kawasan tersebut agak padat dengan perumahan teres yang seperti telah lama ditinggalkan, rumah-rumah tinggal itu seperti sarang penjenayah lagaknya.sampah sarap berterbangan... Stadium Liverpool berada di celah-celah kawasan perumahan tersebut...kawasan parkirnya juga agak mengelirukan kami,kami merayau-rayau beberapa kali mengelilingi kawasan stadium untuk mencari kawasan parkir yang sesuai, Parkir yang dikhaskan untuk pengunjung stadium telah ditutup dan ada pengawal yang berkawal disitu. akhirnya kami putuskan untuk meletakkan kereta di tepi-tepi kawasan perumahan berhampiran walaupun ada rasa ragu-ragu. Aku tertanya-tanya di dalam hati...apakah begini gayanya stadium tersohor menyambut peminat-peminatnya??


Nasib kami tidak berapa baik kali ini kerana rupa-rupanya stadium akan digunakan untuk perlawanan bolasepak hari ini, Liverpool menjadi tuan rumahnya kali ini. Kawasan parking dikhaskan untuk penyokong-penyokong bola sepak sahaja... persoalan di benak fikiranku sedikit terjawab...


Selesai posing sakan di hadapan stadium kami singgah di kedai sourviner Liverpool FC membeli cenderahati untuk di bawa pulang. Hajat hati ku ingin juga nak melawat di dalam stadium dan muzium Liverpool FC namun ia telah ditutup untuk persiapan perlawanan bola sepak ....


Lawatan kami ke stadium Liverpool agak ringkas dan terhad gara-gara kawasan letak kereta yang tidak selamat dan perlawanan bolasepak. Namun kami beralih ke destinasi seterusnya. Pusat bandar Liverpool dan kawasan tumpuan pelancongannya terletak di tepi laut yang tidak berpantai...Di situ terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati namun kami cuma memilih Muzium The Beatles , Muzium Maritime dan waterfront untuk dilawati . Kalau nak jengah semua tempat sampai malam pun tak habis.

Jam menunjukkan pukul 1.30pm..perut pun sudah berlagu, hujan renyai-renyai mula turun lagi...dinginnya bayu laut liverpool membuatkan aku rasa seperti mahu terkucil, tiupan anginnya agak kuat ...kalau di Malaysia sudah pastinya aku tidak mahu berganjak kerana hembusan bayu lautnya yang menyegarkan dan nyaman namun ketika di sini aku seperti mahu lari mencari rumpun api buat memanaskan diri. Semua tempat yang dihajati telah pun dilawati cuma tuntutan sang perut yang berlagu masih belum terlaksana. Hajat hati ingin duduk di tepi pantai sambil makan-makan terpaksa dilupakan , lagipun hujan renyai-renyai masih turun...akhirnya kami berkelah di dalam kereta sahaja.

errrrrkkkk...perut dah pun kenyang, 2.30pm kami pun beredar, lepas ni kami nak ke Knowsley Safary Park....


**Notaku: Liverpool,Selamat Menyambut Ulangtahunmu yang ke 800



0 comments: