CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 31 May 2007

Peberet Aku

Dua hari lepas jiran aku, Kak Pah beli Udang...saiz dia boleh tahan juga besarnya aku tengok daripada rupanya macam udang harimau, tapi udang frozen la...kat sini memang susah nak dapat udang fresh, Kalau beli mesti kena beli sekotak besar(6 kilo )di kedai jual barang pukal. Harga sekotak GBP42.00(-+ RM294.00). Kak Pah offer aku sekilo(GBP7.00/RM49.00)...tak payah nak fikir-fikir aku ok jer!!! memang peberet aku...Dalam famili aku yang comel ni, semua pantang tak boleh makan udang...tapi aku pulak pantang jumpa udang, pasti kena ngap!!!

Hari ini aku masak Tomyam Ayam untuk mereka-mereka yang berpantang dan masakan special untuk diri aku Udang goreng kunyit, ummmmph yummy,yummy!!! kolesterol pun kolesterol lah!!!

Monday 28 May 2007

Hobi

Fruit Tart

Kuih Lapis Kacang Hijau

Water color


Minggu lepas aku ada buat entri hobi ni...tapi nasib tak menyebelahi aku , kali ni ada sikit rajin...so aku buat entry baru. La ni dah ada autosaved ok ler sikit!!!

Cerita tentang hobi ni macam-macam yang bermain di fikiran aku waktu ini...memasak,melukis,menjahit,menanam pokok,melancong,melaram dan macam-macam lagi yang ME. Namun ada diantara hobiku ini cuma mengikut trend semasa tak kurang juga yang sekadar hangat-hangat tahi ayam...

Aku memang suka menanam pokok dari dulu hingga kini kerana aku memang suka pada pokok dan warna hijaunya yang mendamaikan, namun mungkin aku cetek pengetahuan tentang pemeliharaan pokok...pokok yang aku tanam selalunya layu ketandusan separuh jalan, pokok lanskap yang aku beli segar bugar menjadi kurus seperti tak makan...pening kepala memikirkan, kadangkala aku give-up....., namun aku tetap ingin terus mencuba.

Pernah satu ketika aku berminat menjahit manik-manik di atas baju sendiri, memang cantik ,tambahan pula pasti seronok apabila mengayakan hasil kerjatangan sendiri...namun sekadar hangat-hangat tahi ayam, manik yang aku jahit pada lengan baju cuma siap sebelah tangan ....lepas itu aku peram buat pekasam,tak sesuai dengan jiwa aku !!!

Pendapat aku semua orang memang suka melancong, dapat tenangkan fikiran disamping bertukar angin melihat tempat orang...namun faktor masa dan kewangan yang membataskan kita....

Banyak-banyak hobi, Melukis dan memasak yang melekat dengan jiwa aku...sejak kecil memang aku suka melukis, kalau dah lama tak melukis aku rasa macam kekurangan sesuatu...tangan mula rasa gatal nak melukis sesuatu...tak kira lah di papan hitam ke,di dinding ke,di atas kanvas ke atau di mana-mana... tapi aku bukanlah pro...sikit-sikit tu boleh ler, sekadar melepaskan gian!!!

Pada aku, bila aku melukis tumpuanku cuma pada apa yang akanku lukis....segala masalah yang bermain di fikiran dapat kulupakan seketika, itulah cara aku tenangkan fikiran!! Keinginan melukis bukan boleh dipaksa-paksa, ia akan datang dengan sendiri......

Sebagai orang perempuan, ibu dan isteri...memasak menjadi tanggungjawabku, suka atau tak suka aku mesti kena masak...walaupun sekadar masak Maggie mee, tuntutan perut perlu dilangsaikan...namun semenjak aku menjadi penganggur terhormat ni ia telah menjadi satu hobi yang menarik untuk diteroka, especially bila dah join geng MR.com...aku suka masak tapi tak suka makan, heheheh!!!

Kesimpulan dari apa yang aku tulis dalam entri kali ini....tipu le kalau you all kata you tak ada hobi!!!

Sunday 27 May 2007

Piknik Di Chatsworth


Penyambut tetamu di pintu masuk ke Farmyard



Pagi semalam langit mendung..... sejak hari Isnin lagi kami dah plan nak berpiknik di
Chatsworth, sejak hari Isnin lagi aku dah tengok ramalan cuaca kononnya semalam cuaca cerah,
sejak hari Isnin lagi aku dah fikir nak masak apa untuk ber piknik, sejak hari Isnin kami dah
pakat-pakat ramai-ramai nak konvoy ke Chatsworth.....


Sehari sebelum semalam bila aku tengok balik ramalan cuaca rupa-rupanya 'depa' dah 'hapdet' lain...Sheffield dan Chatsworth dilanda mendung dan hujan, aduh! aku tertipu lagi...cuaca di England ni memang gila!!! abih nak buat macam mana, semua dah tersedia...nasi impit dah buat...rendang pun dah masak, kawan-kawan pun ramai yang nak join...Apa nak jadi-jadi lah, rancangan berpiknik kami teruskan jua.

Chatsworth, kata orang lokasi pembikinan filem Pride and Prejudice, aku pernah dengar tajuk cerita ini tapi tak pernah tengok lagi( ketinggalan ke aku?)..Tempat kediaman Duke & Duchess of Devonshire, Sudah menjadi tumpuan orang ramai sejak 300 tahun dahulu. Keindahan tamannya yang bersaiz 1000 ekar adalah di antara yang terbaik di England( di dunia..mungkin?)

Sesampainya di Chatsworth, kami di sambut dengan berpuluh-puluh ekor biri-biri yang sedang meragut rumput...sejuk mata memandang, padang ragutnya luas terbentang, kehijauannya benar-benar mendamaikan. Hujan turun renyai- renyai....

Mula-mula sekali soruuu..., dah puas lepak-lepak , makan sambil bergossip di bawah rintikan hujan dan angin yang sejuk menikam ke tulang, kami jalan-jalan layan anak-anak untuk melawat Farm dan Adventure playground....Farm di sini tidak menarik minat aku, baunya pun tak menyelerakan tambahan pula di kawasan kandang kh****r.....adeh.., setengah mati menahan nafas!!!! namun playgroundnya memang nampak menyeronokkan, kalau aku jadi Ryan mungkin aku rasa tak nak balik...banyak benda yang boleh di teroka. Secara keseluruhannya aku memang tak puas hati dengan tiketnya yang agak mahal(GBP4/person)..

Settle part anak-anak, Aku memang ternanti-nanti part melawat kawasan Gardennya ini...Tiket masuk boleh tahan juga harganya sejumlah GBP 15.00 untuk aku sefamili. Masuk sahaja kawasan garden...arkhhh, aku terus jatuh cinta...memang menakjubkan!!!Pelbagai jenis garden yang menakjubkan di tonjolkan di sini seperti water fountain garden, rock garden, maze, cottages and kitchen garden, waterfall, arca dan banyak lagi....anak-anak juga enjoy ketika berada di situ. Namun kami tak sempat nak melawat keseluruhan garden ,kaki mula rasa longgar dan masa benar-benar menghimpit kami tambahan pula ada jemputan majlis tahlil yang perlu dihadiri petang itu. Sebelum pulang sempat juga kami 'isi minyak' dulu, piknik kali kedua...ye lah, dah penat berjalan perut pun mula menyanyi, hujan masih turun....
Dengan perasaan yang berat aku dan keluarga pulang meninggalkan Chatsworth yang penuh dengan kenangan walaupun disambut dengan hujan renyai-renyai....
sampai di rumah, hujan pun berhenti!!!!

Thursday 17 May 2007

Arghhhhh

adehhhh...Aku dah tulis panjang lebar pasal hobi...tup,tup...icha tertekan button hapa aku pun tak tau tetiba PC aku shut down,,, tak sempat aku nak save apa-apa pun...aku tak leh nak cakap apa uhuk-uhuk...tensionnnnnnnn...tensionnnnnnn...tensionnnnnn. Tunggu la lain kali kalau aku rajin, idea manyak masyukkk aku buat entry baru!!!! la ni biar aku tenangkan diri aku dulu..............waaaaaaaa

Wednesday 9 May 2007

Knowsley Safari Park








Pulang dari Liverpool kami singgah di Knowsley Safari Park di atas permintaan anak-anak...Tiket masuknya boleh tahan juga harganya GBP24.00 untuk kami 3 beranak, Icha dapat masuk free...terjelir lidah abang zahuri bila terpaksa bayar GBP49.00 untuk mereka 5 beranak...Tapi secara personal aku rasa memang berbaloi(iklan kamdar) dan menghiburkan. Banyak juga kereta keluar masuk safari tersebut dan adakalanya jalan di dalam safari tersebut jem gara-gara binatang-binatang yang parking di tengah jalan...tak boleh nak gunakan hon, so tunggu jer lah !!!Time lalu di kawasan monyet lah yang best sekali, sesekali tu berdebar jugak...dengan tak malunya sang monyet-monyet itu akan bergayut di setiap kereta yang melalui kawasan tersebut, ada jugak kes side mirror kereta kopak dikerjakan dek monyet...nasib baik ler kami tak menjadi mangsa!!!Memang enjoy, Aku boleh bagi 4 star...kalau ada banyak lagi binatang mungkin aku boleh upgred kepada 5 star

Sunday 6 May 2007

Liverpool...sedingin bayu lautmu


Kami ke Liverpool hari ini, di sebelah paginya aku merasakan seolah-olah rancangan ke Liverpool hari ini adalah sia-sia kerana cuaca yang tidak menarik, hampir sepanjang perjalanan kami selama 2 jam itu diiringi dengan mendung hitam dan sesekali hujan renyai-renyai membasahi kereta kami...rupa-rupanya itu semua gimik belaka, Apabila kami sampai di Liverpool mentari bersinar cerah walaupun dinginnya mencucuk ke tulang hitamku...itu cuma perkara biasa!!!!

Destinasi pertama kami sudah semestinya stadium tersohor Liverpool FC,Suasana sekitar kawasan stadium mengerikan kerana kawasan tersebut agak padat dengan perumahan teres yang seperti telah lama ditinggalkan, rumah-rumah tinggal itu seperti sarang penjenayah lagaknya.sampah sarap berterbangan... Stadium Liverpool berada di celah-celah kawasan perumahan tersebut...kawasan parkirnya juga agak mengelirukan kami,kami merayau-rayau beberapa kali mengelilingi kawasan stadium untuk mencari kawasan parkir yang sesuai, Parkir yang dikhaskan untuk pengunjung stadium telah ditutup dan ada pengawal yang berkawal disitu. akhirnya kami putuskan untuk meletakkan kereta di tepi-tepi kawasan perumahan berhampiran walaupun ada rasa ragu-ragu. Aku tertanya-tanya di dalam hati...apakah begini gayanya stadium tersohor menyambut peminat-peminatnya??


Nasib kami tidak berapa baik kali ini kerana rupa-rupanya stadium akan digunakan untuk perlawanan bolasepak hari ini, Liverpool menjadi tuan rumahnya kali ini. Kawasan parking dikhaskan untuk penyokong-penyokong bola sepak sahaja... persoalan di benak fikiranku sedikit terjawab...


Selesai posing sakan di hadapan stadium kami singgah di kedai sourviner Liverpool FC membeli cenderahati untuk di bawa pulang. Hajat hati ku ingin juga nak melawat di dalam stadium dan muzium Liverpool FC namun ia telah ditutup untuk persiapan perlawanan bola sepak ....


Lawatan kami ke stadium Liverpool agak ringkas dan terhad gara-gara kawasan letak kereta yang tidak selamat dan perlawanan bolasepak. Namun kami beralih ke destinasi seterusnya. Pusat bandar Liverpool dan kawasan tumpuan pelancongannya terletak di tepi laut yang tidak berpantai...Di situ terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati namun kami cuma memilih Muzium The Beatles , Muzium Maritime dan waterfront untuk dilawati . Kalau nak jengah semua tempat sampai malam pun tak habis.

Jam menunjukkan pukul 1.30pm..perut pun sudah berlagu, hujan renyai-renyai mula turun lagi...dinginnya bayu laut liverpool membuatkan aku rasa seperti mahu terkucil, tiupan anginnya agak kuat ...kalau di Malaysia sudah pastinya aku tidak mahu berganjak kerana hembusan bayu lautnya yang menyegarkan dan nyaman namun ketika di sini aku seperti mahu lari mencari rumpun api buat memanaskan diri. Semua tempat yang dihajati telah pun dilawati cuma tuntutan sang perut yang berlagu masih belum terlaksana. Hajat hati ingin duduk di tepi pantai sambil makan-makan terpaksa dilupakan , lagipun hujan renyai-renyai masih turun...akhirnya kami berkelah di dalam kereta sahaja.

errrrrkkkk...perut dah pun kenyang, 2.30pm kami pun beredar, lepas ni kami nak ke Knowsley Safary Park....


**Notaku: Liverpool,Selamat Menyambut Ulangtahunmu yang ke 800



Peak District

Perjalanan ke Liverpool melalui Peak District, hanya awan hitam mengiringi perjalanan...

Peak District,sesekali biarlah alam berbicara...


Saturday 5 May 2007

Sehari Sebelum ke Liverpool


Esok kami merancang untuk ke Liverpool bersama keluarga abang Zahuri....mmmm, berjaya atau tidak bergantung kepada mood driver masing-masing. Aku mula rasa macam tak berapa happening jer esok kerana mengikut ramalan cuaca ,esok cuaca tak secantik hari ini, suhu minimun mencecah 10c diikuti dengan mendung dan hujan renyai-renyai, Aisey...macam ner nak picnic.....:(
...Nak seribu daya tak hendak seribu dalih,, semasa ke York tempohari begini juga cuacanya tapi kami sampai juga, seperti yang aku katakan tadi...bergantung kepada mood driver!!!