CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 1 April 2007

Birmingham

On the way ke Birmingham

Ryan dan Icha bersama anak-anak Saiful dan Ipah

Hubby bersama En. Hariri

Semalam ,kami makan angin ke Birmingham...jalan-jalan cuci mata sambil menziarah sahabat lama, Saiful dan Ipah. Tujuan utama kami ke Birm ialah untuk bertemu dengan pensyarah abang semasa di Uitm dahulu iaitu Encik Hariri yang kini melanjutkan pengajian Phdnya...Encik Hariri, seorang pensyarah yang baik dan berdedikasi .Secara peribadi aku dapat melihat perwatakannya yang penyayang dan aku berasa amat selesa ketika berbual dengannya dan isteri.
Ketika di rumah Encik Hariri, kami di jamu dengan Nasi Tomato, Dalca Udang, Ayam Masak Merah dan ulam-ulaman, Aku tak makan banyak kerana masih berasa kekenyangan kerana makan di rumah Ipah.Pertemuan yang diadakan pada hari itu seolah-olah terlalu singkat untuk abang, banyak perkara yang dibualkan sehingga aku memaksa diri untuk mencuit peha abang sebagai isyarat masa sudah hampir tamat. Namun isyarat kali ketiga barulah memaksa abang bangun dari sofa empuk rumah Encik Hariri. Setelah bersalam-salaman, sebelum terbenamnya mentari sempat juga abang bergambar kenangan bersama En. Hariri...Hari sudah semakn gelap, kereta kami menyusur meredah malam.Alhamdulillah akhirnya kami sampai jua ke rumah, Namun kami terpaksa membatalkan niat untuk menghadiri majlis Sambutan Maulidurrasul yang diadakan di Subud,Sheffield pada malam itu.

0 comments: