CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 11 April 2007

Manchester United

Gambar family di hadapan stadium



Ryan di hadapan Kedai Sourvevir MU


On The way pulang sempat bergambar di padang ragut bebiri

Kali ini kami ke Manchaster pula, asalnya abang seperti malas nak kemana-mana pada minggu ini. Dia lebih suka berehat-rehat sahaja di rumah. Namun, mungkin kerana desakan aku (sesekali kena buat begitu wahahaha!!!)akhirnya kami ke Manchester jua.
Perjalanan ke Manchester melalui Peak District** amat menghiburkan hati, alam semulajadinya yang terpelihara, padang-padang ragut biri-biri...begitu menenangkan fikiran. Setelah satu jam perjalanan akhirnya kami sampai ke Manchester walaupun kami 'tersesat' gara-gara GPS navigator sistem yang pening-pening lalat ...panjang kalau nak cerita di sini.
Destinasi pertama kami ialah ke Stadium tersohor dunia iaitu Stadium Old Traford, Manchaster United... akhirnya, berjaya juga kami menjejakkan kaki ke tempat tumpuan jaguh-jaguh bolasepak bertahap dunia...David Becham, Rooney bla...bla...bla.
Ketika di stadium, kami sempat menjenguk kedai sourvenir di tingkat satu , sekadar cuci-cuci mata, tidak terfikir pun untuk membeli belah...namun sempat juga aku sambar beberapa sourvenir yang kecil-kecil untuk di bawa pulang. Hajat hati kami ingin masuk ke dalam stadium tersebut, namun kerana masa yang agak terhad dan tiket yang boleh tahan harganya, jadi kami tangguhkan dulu...lain kali kami datang lagi, tak jauh mana punnnnnn.
Usai sudah lawatan ke stadium MU, perut mula berdondang sayang...destinasi seterusnya ialah makan tengahari di Rumah Z, dan seterusnya ke Apartment M..kawan-kawan lama ketika kami tinggal di Egham.Keindahan di Apartment M begitu menarik perhatian kami, tapi sayangnya kami terleka hingga lupa untuk merakamkan gambar untuk kenangan. Thanks di atas layanan baik kalian.
**Notaku : Peak Distrik, sebuah Taman Negara di England...satu kawasan yang luas seperti gurun dan dipenuhi pokok-pokok renek dan rumput-rumpai, agak peliknya di sini semua pokok-pokoknya berwarna kekuningan seperti pokok yang hampir mati namun hakikatnya masih subur.

2 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

waduh waduh!
cemburu sekaaali akuk..

Rozie said...

butaseni...meh ler sini jenjalan skalik!!!