CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 5 March 2007

Temasya Sukan Sheffield


Sepanjang minggu ini aku agak sibuk, boleh juga dikatakan aku menyibukkan diri. Sabtu ini satu temasya sukan khas untuk pelajar-pelajar undergrad Malaysia yang belajar di UK akan diadakan di sini, kebetulan Sheffield akan menjadi tuan rumah kali ini. Banyak peluang-peluang perniagaan di situ khasnya gerai-gerai untuk makanan Malaysia. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk menyertainya, bukan untuk bersukan tapi bersama-sama memeriahkan gerai makanan itu nanti..salah satu makanan yang akan aku jual tak lain dan tak bukan sudah semestinya kuih Karipap, dan mungkin beberapa jenis kuih melayu yang mudah-mudah. Kalau nak buat kuih yang luarbiasa takut pulak tak menjadi, pasti merugikan.
Aku bukannya pandai sangat dalam bab masak-memasak ni, segalanya mengikut arah angin kus-kus. Bila rajin macam-macam le juadah yang terhidang namun bila angin kus-kus M A L A S menyerang...haiiii, makan biskut le jawabnya!!!
Bukan aku saja, ramai rakan-rakan lain ingin mencuba nasib...Sewa untuk sebuah gerai ialah 35pound, aku berkongsi bersama dengan keluarga Halim/Aida dan keluarga Abang Hazeri/kak Ina.
Aku tak dapat bayangkan bagaimana keadaan temasya tersebut, lagipun ini adalah pengalaman pertama untukku. Aida bercadang untuk menjual Laksa Johor dan Mee kari manakala Kak Ina pula akan menjual Nasi Kerabu..Mmmmm, aku masih tercari-cari selain daripada kuih karipap, apakah menu utama yang mudah akan aku jual....Abang mencadangkan agar aku menjual nasi lemak. Tapi, mengikut khabar-khabar angin, banyak gerai yang akan menjual nasi lemak. Apa sangatlah nasi lemak aku kalau nak dibandingkan dengan nasi lemak mereka-mereka itu...entah-entah aku berada di tangga tercorot!. Anyway, jika sudah tidak ada ide lain aku terpaksa menurut sahaja.
Bermula dari hari ini aku sudah berdikit-dikit membuat kuih karipap, harap-harap menjelang hari sabtu, banyaklah himpunan kuih karipapku nanti. Selain daripada karipap mungkin aku akan membuat beberapa kuih Malaysia, namun pergerakan aku agak terbatas sejak kebelakangan ini kerana Abang telah menjual kereta Honda Civiknya, maklum lah kereta tua, memang banyak masalah.
Kebelakangan ini memang melecehkan jika kami hendak membeli barang-barang keperluan rumah, tambahan pula minggu ini aku nak berniaga. Kalau aku tahu jadi begini, awal-awal lagi aku dah tarik diri daripada turut serta dalam aktiviti jualan tersebut!
Namun di dalam keserabutan itu, aku teruja juga untuk berniaga...selain nak mencari extra income, ia merupakan satu pengalaman yang bernilai. Banyak perkara yang tidak pernah aku lakukan di Malaysia telah kulakukan di sini....tunggu saja laporan bergambar terkini dariku tentang Temasya sukan tersebut...Adios Amigos!!!

2 comments:

Izariza said...

wah.. nak berniaga la pulok ye!
aha ..ada seorang blogger .. pun kat sheffield jugak,nama Yus. Hang kenai ke?

Kalu kenai, kirim salam kat dia ye.. :)

p/s; lama jugak hang tak mai blog teman ... ?

Rozie said...

sapa kata x mai....teman slalu mai ke blog kome..cuma teman x tinggalkan jejak jer!