CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 17 March 2007

Musim Bunga di York

Malam tadi abang menyuarakan hasrat ke York pada hari ini, aku diam saja tak mengharap.Pagi ini seperti dijanjikan kami sekeluarga ke York, cadangan asalnya kami akan ber convoy bersama Sahaiful dan keluarga tetapi akhirnya kami ambil keputusan untuk untuk bergerak sendiri-sendiri supaya senang untuk kedua-dua belah pihak dan tidak perlu tunggu menunggu dan tergesa-gesa mengejar masa.
Berbekalkan Peta UK kami bertolak jam 10.45am dan kami masih sempat singgah di pejabat pos untuk untuk melangsaikan urusan abang. Hampir 1 1/2 jam menyusuri lebuhraya akhirnya sampai juga kami di York (sebelum itu kami terlepas exit ke York. so, terpaksa berpatah balik)...
York sebuah bandar bersejarah...mungkin ala-ala Melaka, banyak peninggalan istana-istana lama di situ.Kedatangan kami di sambut dengan lambaian bunga-bunga Daffodill. Daffodill merupakan bunga pertama yang mewarnai tanah England ketika musim bunga menjengah. Di mulai dengan Daffodill Kuning disusuli dengan Daffodill kuning pudar dan akhirnya daffodill berwarna merah,biru, unggu, putih, merah jambu dan pelbagai warna yang lain..amat menakjubkan,penuh dengan warna-warni.
Pembuka tirai musim bunga...rata-rata tanah England dihiasi dengan dengan Daffodill Kuning, York tak kurang hebatnya, hamparan rumput hijau kebanyakkan dihiasi dengan Daffodill kuning...
Destinasi pertama aku dan famili hari ini ialah Designer Outletnya...bukan untuk bershopping, cuma jalan-jalan cuci mata, namun sempat juga aku sambar sepasang kasut boot paras betis yang sudah lama menjadi idaman kalbu, kebetulan hari ini banyak sale untuk boot wanita! hampir lebih 2 jam juga kami pusing-pusing di sekitar outlet tersebut, banyak juga yang menarik namun aku perlu kuatkan iman kerana peruntukan yang aku ada cukup-cukup untuk membeli Mixer jenama Kenwood yang juga telah lama menjadi idaman kalbu...aku intai-intai juga mixer jenama Kichenaid di outlet tersebut, tapi harganya boleh buat aku pengsan!!! aku terpaksa batalkan niat itu.
Setelah puas pusing-pusing di Outlet, jam sudah menunjukkan pukul 2 pm. Kami mula beransur ke kereta, kami berehat sambil aku menyuapkan Icha makan di dalam kereta. Perut pun mulai berkeroncong namun kami cuma makan Apam pisang sahaja, tak kisahlah yang penting icha sudah makan. Ryan, setakat makan roti dia sudah berpuas hati.
Sebelum balik, kami singgah ke pusat bandar York dan Muzium Kereta apinya...kami cuma bersiar-siar sambil mengambil gambar. York hari ini menerima ramai pengunjung, Ruangan parkirnya agak terhad. Tapi nasib kami agak baik kerana mudah mendapat parkir walaupun bayaran parkirnya PS2.00 sejam(RM 14.00) bersebelahan denganClifford Tower iaitu sebuah Castle kecil yang digunakan oleh pengawal untuk mengawal bandar York suatu ketika dahulu. dari puncak castle tersebut kita boleh lihat bandar York keseluruhannya. Satu jam sudah cukup untuk kami berposing! Cuaca agak mendung hari ini, angin bertiup kencang walaupun bermatahari namun sejuknya sampai ke tulang.
Selesai bergambar secara ala kadar, kami pun pulang ...sebelum sampai di rumah kami singgah makan Ayam goreng di Darnall, laparnya tak boleh tahan!!! sampai di rumah sudahpun pukul 6.00pm.

Malam...
Berehat sepuas-puasnya. Juadah makan malam hari ini cuma nasi goreng kampung sahaja.

1 comments:

Anonymous said...

cumelnya si ica..mommynye pon makin bergaya..