CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 17 March 2007

Laporan Terkini, Berita Sensasi 2

Aku sudah bangun seawal pukul 3am, mata seperti tak mahu tidur...mungkin aku risau memikirkan banyak perkara yang perlu aku selesaikan sebelum pukul 7.15am. Menu yang akan aku jual pada hari temasya itu ialah Nasi lemak, Ayam rempah, kuih-kuih seperti Karipap, jemput-jemput pisang, kuih pau, kek pisang dan puding jagung. Kuih-kuih seperti kek pisang, kuih pau dan puding jagung telah ku siapkan malam itu.
Perkara pertama yang aku lakukan pada pagi itu ialah menanak nasi lemak sebanyak 5 kilo beras. aku cuma ada 1 sahaja periuk nasi, itupun bersaiz kecil . Maka aku perlu memasak nasi lemak berulang-ulang sebanyak 6 kali. Sambil memasak nasi, aku menggoreng ayam rempah( 5 kilo) yang telah siap aku perap sejak semalam dan sambil menggoreng ayam aku menggoreng jemput-jemput...sambil-sambil tu sesekali aku menjenguk icha yang sedang tidur, sekali-sekala dia menangis juga hendakkan susu.Pergh, berpeluh juga aku kiri,kanan atas bawah...semua perlu di jengah!
Tepat pukul 7.15am semuanya dapat aku laksanakan, abang pula mengambil giliran beliau untuk membawa semua barang jualan ke Komplek sukan. Aku dan anak-anak tunggu di rumah buat sementara waktu. Sempat juga aku menyambung tidur yang terganggu.
Sedar-sedar abang sudah pulang untuk membawa aku dan anak-anak ke Komplek Sukan, aku masih malas-malas di atas katil dengan baju T-shirt dan kain batik. Apa lagi, abang pun melentinglah kerana aku masih tidak bersiap lagi sedangkan barang-barang jualan ditinggalkan abang tersadai di atas meja tak bertunggu. Kelam kabut lah aku dan anak-anak bersiap-siap ke Kompleks sukan.
Pertama kali berniaga, aku agak kekok...segalanya seperti tidak menentu dan kelam kabut, lagi ramai pelanggan yang menunggu giliran untuk membeli bertambah kelam kabut aku rasakan. Tapi itu cuma permulaan, semakin lama aku di gerai semakin seronok pulak...rasa letih dan mengantuk semuanya hilang....nasi lemak, ayam rempah PS1.50...murah...murah!!! aku dan abang menunggu gerai secara bergilir-gilir.
Ryan, sepanjang hari aku berniaga tak nampak batang hidungnya...asyik benar dia bermain. Dia akan mencari aku dan abang bila dia dahaga dan lapar sahaja. Icha good girl hari itu...tak banyak kerenah, icha banyak berdiam memerhati mungkin dia kehairanan. Bila mengantuk dia tidur di kereta sorongnya.
Seronok, perniagaan kami sangat laris walaupun banyak gerai yang menjual nasi lemak. Jam menunjukkan pukul 4.30pm, semua sudah habis di jual...licin tidak ada satu pun yang tinggal!!!!alhamdulillah, tahun depan bolehlah aku sewa gerai lagi.

0 comments: