CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 1 February 2007

Virus menyerang



agi
Tak tega rasanya untuk aku meninggalkan abang dan Icha berdua di rumah untuk aku keluar menghantar Ryan ke sekolah,ku 'kirimkan' sahaja Ryan kepada Halim, suami Aida untuk di hantarkan ke sekolah. Nampaknya demam abang hari ini bertambah membimbangkan.Semenjak hari selasa yang lalu abang sudah mengadu rasa tak sedap badan, semalam dan hari ini abang duduk di rumah sahaja.Kelas Research Method yang sepatutnya di hadirinya semalam terpaksa di tinggalkan.
Tengahari,
Keadaan abang masih tiada perubahan, asyik tidur sahaja di atas katil ....katanya segala-gala nampak berpusing,nak turun makan di dapur pun rasa tak mampu lantas aku bawakan sepinggan nasi goreng, sekeping roti,secawan air dan ubat untuknya di bilik....tak ada selera,nasi goreng tak bersentuh, roti cuma dijamah separuh sekadar alas perut. Aku cadangkan abang ke klinik,abang mencapai telefon untuk membuat temujanji dengan doktor,malangnya hari ini tak ada kekosongan jadi, temujanji di buat esok mmm...nasib baik esok, ada orang dah sakit seminggu baru dapat jumpa doktor...sesuatu yang paling aku tak suka di sini apabila sakit nak jumpa doktor pun kena Q, tak ada rawatan serta merta seperti di Malaysia kecuali unit Emercency di hospital. Itu pun kalau betul-betul kecemasan baru di layan...setakat ini aku tak pernah jumpa lagi klinik swasta di sini, kalau ada mungkin kosnya sangat mahal..masing-masing mengharapkan GP yang satu ini sahaja. Selesai makan ubat, abang tidur semula.
Petang,
Aida menawarkan diri untuk mengambil Ryan dari sekolah, aku setuju sahaja! setelah dua kali makan paracetamol semenjak pagi tadi, keadaan abang nampaknya beransur lega.

Alhamdulillah, baguslah! tapi esok jangan lupa ke klinik...
Malam,
Aku mula rasa lenguh-lenguh kaki dan lemah-lemah badan, aku tak pasti...adakah perasaanku sahaja atau kerana keletihan seharian membuat pelbagai kerja atau memang aku telah diserang virus...tunggu dan lihat!

4 comments:

Rozie said...

adusss...icha dan Ryan berjangkit demam dari papanya, kedua-duanya diserang hari ni. cuma mama depa jer blum menyerah kalah!

Unknown said...

kat sini pun ramai yg dah tak sihat kak...

cuaca panas kicks off march-august, as predicted.

take care! have a nice day!
i kat office di hari sabtu yg berbahagia ni...

Izariza said...

Rozie,

Kami di Putrajaya pun tak terkecuali. Anak i semenjak masuk tadika awal bulan Januari sampai laa ni masih batuk dan selesema .. tak hilang2! Mak dia pulak, dah dua minggu demam on and off.

Jaga diri baik2 ye! :)

Rozie said...

7@hotmail.comKalu saya la yg demam...alamatnya huru-hara la rumah kami,hidup kt sini x mcm kt mesia nu..kt mesia klinik 24jam..
anak-anak pun masih x brapa fit lagi...sat on...sat off!
bila dok jauh- ni saya slalu bersyukur kerana menjadi warga Malaysia...bersyukur kerana dikurniakan 12jam siang dan 12jam malam, cuaca panas lembap walaupun sesekali panas melampau...mmm byk lagi kalu nak disenaraikan!! :)