CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 6 February 2007

'Terrorist Suspect'

Lewat petang semalam, setelah selesai urusan di dapur aku duduk bersantai bersama anak-anak sambil menonton TV. Perhatianku dicuri oleh sebuah dokumentari di channel 4, iaitu tentang Terrorist suspect... Kisah tekanan hidup 3 orang muslim yang disyaki terrorist oleh kerajaan Britain, Suspect A berasal daripada Algeria., suspect B berasal dari Palestin dan suspect C berasal dari Afghanistan...ketiga-tiga mereka ini hanyalah orang biasa yang disyaki ,Namun hakikatnya latarbelakang mereka adalah bersih daripada sebarang kesalahan jenayah. Mungkin kerana mereka ini adalah muslim, mungkin kerana mereka berjanggut panjang, mungkin kerana asal usul mereka ,juga mungkin kerana mereka pernah mengenali Osama secara inperson....
Ketiga-tiga suspek ini pernah dipenjarakan dan kini masing-masing telah 'dibebaskan'. Tetapi yang menyedihkan aku apabila mereka terus menjalani hukuman malahan lebih teruk daripada kehidupan di penjara...diantaranya:
1. Sentiasa melaporkan diri melalui media elektronik yang dibekalkan oleh pihak polis setiap kali mereka keluar dan pulang kerumah...
2. Tidak boleh membuat sebarang perjumpaan dengan mana-mana pihak secara berkelompok.
3. Apabila keluar dari rumah jarak maksimum cuma 1 batu .
4. Tidak boleh mempunyai sebarang alat perhubungan seperti telefon dan internet di rumah .
5. Sentiasa melapor diri mengikut masa-masa yang diberikan oleh pihak polis setiap hari melalui alat perhubungan berkomputer yang dibekalkan...termasuk diantara pukul 3am-4am.
6. Kaki mereka di pasang dengan alat pengesan agar polis sentiasa dapat mengesan dimana sahaja mereka berada.
7. Polis sentiasa meronda di kawasan rumah mereka 40-60 kali sehari!
8. Badan anak dan isteri diperiksa seperti pesalah apabila terserempak dengan pihak polis di mana sahaja mereka pergi.
9. Sentiasa membuat Video diari mengikut waktu-waktu yang dikehendaki oleh polis menggunakan alat yang dibekalkan.
10. Tidak dibenarkan mendekati mana-mana kawasan pejabat kerajaan.

Terdapat banyak lagi, namun ini sahaja yang mampu kusenaraikan.Syarat-syarat yang dikenakan menyebabkan orang yang tidak berdosa seperti mereka tidak dapat keluar mencari rezeki untuk menanggung anak isteri...kehidupan mereka begitu tertekan, bukan sahaja pada orang yang disyaki malah tekanan tersebut juga dialami oleh anak dan isteri mereka...Ketiga-tiga hamba allah ini di sahkan mengalami tekanan perasaan yang melampau oleh pakar.....
Rata-rata orang ramai di sini bukan sahaja orang islam malah orang bukan islam sendiri menyuarakan rasa tidak puas hati dan bersimpati terhadap hukuman yang di terima oleh hamba allah tersebut.
segalanya adalah kerana Blair dan konco-konconya...yang aku ceritakan di sini cuma penderitaan tiga orang yang teraniaya,hakikatnya... terdapat ramai lagi yang mengalami nasib yang sama seperti mereka.
Tahniah Blair, terima kasih kerana menghancurkan kehidupan orang lain...Sesungguhnya tempatmu di neraka jahanam!
Selesai menonton, aku termangu seketika melayan perasaan dan menyelami rasa jika aku ditempat mereka....

1 comments:

Unknown said...

Persidangan Antarabangsa Dedahkan Jenayah Peperangan – Jenayahkan Perang. Chaired by Tun Dr. Mahathir.

seram kak... experiences tahanan perang e.g. kat Abu Gharaib, Iraq. ini dah betul2 polis dunia.

mudah2an usaha mereka tdk terhenti kat sini (Malaysia) aja. mesti ada continuity for unity and the truth to be prevailed.

apalah yg mat2 saleh tu nak jawab bila during summit ni rahsia terbongkar. there are 27 penjara rahsia di Iraq. mcm mana tu... kata Abu Gheron je.. eh..eh Abu Gharaib.

take care, all the best to you.