CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 8 February 2007

Snow Dah Turun

Sebelum ke sekolah, sempat juga Ryan dan papanya buat pos maut!
Ryan di hadapan rumah kami..mmm aku dan Icha cuma di belakang pintu( sedih)

Celik saja mata pagi ini, Ryan sudah menjenguk ke tingkap untuk meninjau apa yang berlaku di luar rumah, lagi pun gurunya di sekolah awal-awal lagi sudah berpesan kepada Ryan dan kawan-kawannya tentang snow yang akan turun hari ini.
ketika aku asyik melayan mata sementara menunggu pukul 8.30am untuk menyiapkan Ryan ke sekolah, Ryan membisikkan sesuatu di telingaku ..."mama snow dah turun.." aku seperti percaya dengan tidak lantas meluru ke tingkap melihat kebenaranya...teruja juga sebenarnya namun aku perlu 'mantain'... :) dalam hatiku terlompat-lompat juga sama seperti kanak-kanak yang bermain snow di luar sana!...Ryan membisikkan perkara yang sama juga pada papanya, kukira tingkah papanya juga sama sepertiku. Dapat juga kami mengubat rindu kami semasa bermain snow ketika tinggal di Egham dulu.. Bukan kami saja yang terlompat-lompat tengok snow, orang putih pun sama! Entah lah...Ada sesuatu yang istimewa, semua orang menunggu snow walaupun semua orang tahu sejuknya mengigit tulang namun masing-masing mengharapkan snow turun. Mungkin ini satu kepuasan terhadap kejerihan mengharungi musim sejuk sebegini!
Sejak dua hari lepas weather forecast menunjukkan bahawa malam tadi dan hari ini snow akan turun , namun aku abaikan saja kerana sudah beberapa kali aku terkena...tunggu-tunggu tapi snow tidak juga turun, pada awal bulan lepas...aku tidak lena tidur gara-gara menunggu snow yang di jangka akan turun tapi akhirnya hampa.Siapa sangka semalam cuaca panas, tiba-tiba hari ini snow turun.
Kebetulan malam tadi aku tidak boleh tidur kerana suhu badan Icha naik semula,nak tak nak aku perlu melayan kerenahnya... tetapi dalam tak percaya snow akan turun hari ini sesekali kujenguk juga ke luar tingkap, confirm memang tak ada snow! bisik hati...namun kuasa allah mana mungkin kita sangkal, seawal pukul 7.30am snow pun turun.
Sebelum Ryan ke sekolah sempat juga Ryan dan papanya berposing di hadapan rumah kami beberapa pos namun aku dan Icha cuma meninjau dari belakang pintu sahaja, tidak mungkin aku boleh keluar kerana Icha masih tidak sihat.
Ketika jam mencecah pukul 1 pm, snow masih lagi turun namun dalam kuantiti yang sedikit. Sudah tiada lagi longgokan snow di atas kereta, bahu jalan dan bumbung rumah...semuanya sudah cair...snow sudah tidak setebal dulu, mengikut kata orang...dalam tahun 60an-70an snow di Sheffield tebalnya hingga paras lutut, kini semuanya tinggal kenangan. Ini juga merupakan salah satu tempias global warming!
** Baru semalam aku terjumpa drama bersiri Korea bertajuk 'Snow Queen' dalam You Tube...pergh! sesuai untuk di layan hari-hari. Aku ni penggemar drama korea, kadang-kadang berebut PC dengan anakku Ryan...yang si anak pulak sibuk dengan cerita Power Rangersnya. Kadang-kadang bila berlaku perebutan mamanya pun tak nak mengalah!
kalau sesekali bertemu dengan sepupuku Kak Da memang rancak lah kami bersembang pasal drama Korea...

1 comments:

Izariza said...

seronok sakan la main 'saleji' ek .. kita kat sini main saleji Mines je la .. hik hik