CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 18 January 2007

Universiti Sheffield Hallam

Ryan, dihadapan salah satu bangunan universiti hallam

Sesekali angin menderu kencang di luar sana, bunyinya amat menakutkan.Awan hitam berarak menutupi sang matahari. Semenjak semalam amaran telah diberikan melalui Buletin di TV mengenai ribut dan hujan lebat yang mungkin melanda juga amaran banjir di beberapa buah tempat dan kemungkinan pokok-pokok tumbang . Hatiku mula menjadi tak keruan memikirkan Ryan dan abang di luar sana, Ya allah ya tuhanku jauhkanlah keluargaku dari sebarang musibah....
Seawal pukul 9.00am abang dan Ryan telah keluar rumah hari ini. Seperti biasa, Ryan kubekalkan 4 keping roti yang di sapu jem dan butter manakala abang ku siapkan nasi goreng tuna dan 2 keping roti yang disapu butter...harap-harap cukup untuk mengalas perut hingga ke petang nanti.
Menjadi rutin mingguan abang bertemu dengan supervisornya Prof.Christ Rust setiap hari khamis sebegini cuma kali ini masa perjumpaan diputuskan lebih awal iaitu seawal pukul 10am atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Perjalanan abang dari rumah ke Universitinya mengambil masa lebih kurang 20 minit melalui motorway A630 jika sekiranya tidak ada trafik jam.Tidaklah sejauh mana tapi abang lebih suka menggunakan jalan motorway daripada melalui jalan-jalan kecil kerana tidak perlu melalui banyak lampu trafik.
Universiti Induk Sheffield Hallam, lokasinya terletak di tengah-tengah bandar Sheffield. Boleh dikatakan hampir sebahagian daripada bandar Sheffield itu adalah bangunan universiti itu sendiri dan yang lebih menarik lagi bangunan perpustakaan Universiti Sheffield Hallam terletak bersebelahan dengan Panggung Wayang ODEON!
Abang ditempatkan di Kampus Cawangan iaitu kampus Psalter Lane. Lokasinya agak terkeluar daripada bandar Sheffield, melalui jalan A625. Ia di khaskan untuk penuntut Art & Design.
Menurut abang ,di kampus cawangan tersebut beliau merupakan satu-satunya penuntut dari Malaysia . Kalau di kampus induk, ada ramai juga penuntut 'under grad' yang kebanyakkannya barbangsa Cina iaitu penuntut Unitar yang mengikuti kursus berkembar dengan Sheffield Hallam...Tak kisahlah abang yang penting perjalanan Researchmu lancar, semoga kau berjaya menghadapi misimu!
Angin diluar sana semakin menjadi-jadi...kertas,plastik dan daun-daun kering berterbangan setinggi pokok kelapa. Sesekali apabila angin menerjah kedinding rumahku dapat kurasa gegarannya, Risau!

2 comments:

Unknown said...

Good day!

bestnya... mudah2an saya boleh realisasikan dream/daydream (hahaha...) to proceed study lagi.

tinta azimat ni memang ada azimat la.. keep on writing.

kawan2 yg lain... apa khabar?

Rozie said...

tinta azimatku...penawar kala sepi, teman utk berbicara.