CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 11 January 2007

Terlewatkah Aku?

Gambar Kenangan hari raya di hadapan Pakistan Muslim Centre(PMC).

Sudah hampir 2 minggu aku meninggalkan 10 zulhijjah iaitu hari yang bermakna bagi semua umat islam, lantaran hari yang menyedihkan di atas kematian Saddam Hussein pada tarikh yang sama.. sengaja atau suatu kebetulan?
Terlewatkah aku? lantaran masa yang amat cemburu dengan seorang aku, baru kini berpeluang menjenguk tinta azimatku...wah! sibuknya aku seorang surirumah.
Ku kira masih ada ruang untukku mengucapkan Selamat menyambut Eidul Adha dan selamat menyambut tahun baru 2007 pada semua, bagaimana dengan azam baru kalian??. Bagi diriku ini adalah kali pertama menyambutnya Eidul adha di sini semenjak aku kembali semula ke Tanah England ini. Azam? tiada apa yang berubah, cuma RENEW semula azam-azam yang masih belumku gapai.
Kedatangan Eidul Adha kali ini bermakna hampir setahun pemergian ibu saudaraku yang agak rapat dengan ku, Auntie Anis...ku kira baru sahaja seperti semalam dia datang menjenguk aku yang baru beberapa minggu melahirkan Icha ketika itu. Waktu itu dia baru pulang dari menunaikan ibadat haji di Mekah, beliau diserang batuk-batuk ...itu biasa bagi sesiapa yang baru pulang dari mekah katanya. Takku sangka itu merupakan pertemuan terakhir kami, penyakit batuk-batuk itulah yang menjadi permulaan punca kematiannya. Masih terbayang-bayang wajahnya diingatan, sukar untuk kupercaya bahawasanya dia telah tiada.
Sambutan raya korban di sini agak meriah dikalangan orang Malaysia 5 ekor kambing ditumbangkan untuk Aqiqah, selepas bersembahyang Raya dan makan nasi minyak berlaukkan kambing aqiqah, kami beraya sakan sampai ke pukul 2 pagi...tak masuk akal! aktiviti beraya berterusan sehingga 14 zulhijjah.
Lewat pagi ini ku terima layangan email daripada seorang sahabat, Erin. Teringat aku kenangan dengannya ketika kami bersama- sama di Egham. 18 febuari ini giliran beliau pula terbang ke Wolonggun University, Australia. Kes beliau sama seperti aku, bercuti tanpa gaji kerana mengikut suami, semakin jauhlah erin denganku. Hanya email yang akan merapatkan jarak tersebut. Semoga kau berbahagia di sana wahai sahabat , usah jemu mengutus email!

0 comments: