CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 13 December 2006

Pengalaman Berharga

Sudah 3 bulan aku dan keluarga berhijrah ke Sheffield. Ini merupakan pengalaman kali ke dua kami sekeluarga hidup di perantauan..sebelum ini kami sekeluarga pernah menetap di pinggir kota London, masa tu aku baru punya seorang anak, si abang.
Sekarang, selepas aku melahirkan anak kedua kami sekali lagi ke tanah inggeris ini, tempat yang penuh dengan kenangan pahit dan manis. suatu ketika dulu.kami ke sini kali ini juga atas tuntutan kerja abang yang mengkehendaki abang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Phd.
aku, seperti biasa duduk sahaja di rumah mengasuh anak. Boring???memang memboringkan tapi demi kerana anak-anak aku akur jua. Ini lah peluang untuk aku mengasuh anak-anakku dengan tangan sendiri . Bukan semua orang mendapat peluang sebegini, sesekali aku perlu memujuk hati untuk menguatkan semangat. Tunggulah sedikit hari lagi, bila Rissa dah besar sedikit, aku teringin hendak berkerja semula untuk mencari duit poket sendiri dan boleh juga kukirim ke kampung untuk ayah dan bonda.
Kadangkala ,bila aku sendirian menemani Rissa di atas pangkuan, terimbau ingatan pada ayah dan bonda di kampung, aku terasa sedikit benar jasa yang aku taburkan kepada mereka. Aku selalu terfikir apakah pemberian aku selama ini kepada mereka mencukupi ? dan apakah ada tindak-tanduk aku selama ini melukakan hati mereka.?
Bila sudah berjauhan sebegini, terasa banyak benar perkara dan tanggungjawab yang masih belum aku laksanakan untuk ayah dan bonda. Tapi apakan daya aku tak mampu. Semoga ayah dan bonda sentiasa dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera, doakan kesejahteraan anakanda di sini. Jika dibuka jalan dan dilimpahkan rezeki oleh allah s.w.t akan aku kotakan niat dan janji yang telah lama ku pendam selama ini.

1 comments:

Rozie said...

Pertama kali menulis sebegini, banyak yang perlu diperbaiki