CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 14 December 2006

Pengalaman Berharga 2



Rutin hidupku berjalan seperti biasa...bangun pagi tergesa-gesa penyiapkan sarapan pagi dan bekalan untuk Ryan ke sekolah , maklumlah ini bukan Malaysia... semua perkara perlu ku buat sendiri, terutama sekali bab makanan. Kalau di Malaysia dah lama aku siapkan sarapan 'cap telunjuk' dari warung-warung tepi jalan atau beli saja roti krim perisa jagung yang menjadi kegemaran Ryan, papanya ...ahh biarlah dia beli sendiri apa saja yang dia nak makan...Pagi, tengahari, petang dan kadang-kadang malam pun aku beli makanan di kedai, memasak sendiri boleh ku kira dengan jari jumlahnya.

Sepanjang berada di Sheffeild aku sentiasa sibuk tetapi aku puas kerana kesibukan yang aku maksudkan itu ialah sibuk menguruskan anak-anak, memasak,mengemas rumah dan pelbagai tugas sebagai suri rumah. Dulu semasa di Malaysia aku memang sibuk....sibuk dengan tuntutan kerja sehingga kadangkala aku tidak berkesempatan untuk melakukan semua kerja-kerja rumah . Betul kata seorang sahabatku apabila kita berada di perantauan barulah kita benar-benar mengenali keluarga kita.

Petang tadi aku ke rumah Aida untuk mengingatkan beliau tentang 'projek besar' yang kami dah rancang pada isnin depan,harap-harap menjadi. Karipap frozen...Aku dah lama rancangkannya tapi masih tak mampu memulakannya, nasib baik Aida menawarkan diri untuk turut serta dalam projek karipap frozen tersebut, kalau tidak jenuh juga aku sendiri. Semasa di rumah Aida, sempat juga aku meneguk nescafe. Aida.. orang Malaysia yang tinggal selang beberapa buah rumah di baris hadapan lorong rumah ku, Raby Street. Baik orangnya tambahan pula suaminya dan abang bekerja di bawah satu bumbung, UPM. Tapi, entahlah...aku masih kaku apabila bersama-sama orang Malaysia di Sheffield. Mungkin aku masih baru di daerah ini dan aku perlu masa untuk menyesuaikan diri, aku memang lambat mesra dengan sesiapa. Kadang kala ada juga yang melabelkan aku sombong, tapi aku peduli apa dengan kata orang...aku adalah aku,aku tidak boleh berubah dalam sekelip mata.

Pukul 8pm baru abang pulang berbeza dengan hari lain biasanya pukul 6.30pm dia sudah berada di depan pintu,melihat daripada riak wajahnya aku dapat meneka pasti ada sesuatu yang tak kena. Tidak sempat ku tanya, sebaik sahaja abang ke dapur dia sudah mengadu keletihan kerana trafik jam teruk sepanjang jalan tambahan pula dia 'tersesat jalan' gara-gara nak cari 'short cut' untuk cepat pulang ke rumah. Aku cuma mendengar tanpa sepatah kata, tanganku sibuk menyiapkan karipap...arhhh sakitnya bahu dan pinggang semenjak pukul 4.30pm tadi tak sudah-sudah membuat karipap, bisikku di dalam hati.....
Tadi, kalau aku tak salah dengar abang ada bercadang hendak membawa kami berjalan ke York hujung minggu ni. Katanya sambil melawat suasana di York abang nak beli kasut di 'Factory Outlet' di situ. Tak taulah jadi ke tidak sebab adakalanya plan abang berubah-ubah, kita tunggu dan lihat saja lah!
Kata orang York tu sebuah bandar kecil yang cantik,sesiapa saja yang pernah sampai ke Sheffield kalau tidak menjengah ke York seolah-olah rugi besar... aku tak pernah lagi sampai ke sana, alangkah seronoknya kalau kami jadi ke sana...Tapi tak dapatlah ke 'carboot' minggu ni.Bercakap tentang carboot, banyak yang boleh aku ceritakan tapi bukan sekarang. Bila aku kelapangan akan aku ceritakan...Tungguuuu!!!

Jam sudah menunjukkan pukul 12.07 am, aku pun dah mula mengantuk mungkin keletihan gara-gara membuat karipap petang tadi,izinkan aku masuk beradu... semoga esok lebih ceria daripada hari ini ....tapi arghhh !!tiba-tiba saja perut ku rasa memulas-mulas....
oh ya,esok genaplah usia Rissa 10 bulan 15 disember 2006,

0 comments: