CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 22 December 2006

Lagi Cerita Winter

Icha lengkap dengan pakaian winternya

Hari ini seperti selalu ,abang bercadang hendak membawa kami ke Rotherham lagipun aku perlu ke Tesco,kemudian aku mengajak abang ke Altercliffe untuk membeli perkakas dapur dan terus ke Meadowhall kerana abang hendak membeli Jersey bola untuk Ryan.
Tapi..tika disaat ini aku mula berubah mood... aku rasa malas nak ke Rotherham dalam keadaan cuaca yang sejuk sebegini tambahan pula tempat membeli belah di Rotherham semuanya Outdoor, aku rasa biarlah abang pergi menemani Fauzi sahaja..Fauzi seorang teman yang datang ke sini untuk menghadiri short course selama 6 bulan,seminggu dua lagi dia akan pulang terus ke Malaysia pasti Fauzi nak membeli sesuatu untuk keluarganya. Nanti bila ke Altercliffe dan Meadowhall aku akan ikut.
Cuaca pun dah semakin sejuk, setiap pagi kereta diselaputi dengan ais. Adakalanya bekalan air masak yang ku simpan di dalam kereta beku menjadi ais. Mengikut ramalan cuaca, hari ini mungkin ada snow...kita tunggu dan lihat!

0 comments: