CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 22 December 2006

Asam Garam Kehidupan

Jam dah menunjukkan pukul 4.30am, entah kenapa hari ini aku tersedar lebih awal daripada biasa, pukul 3.30am aku sudah terkebil-kebil....mungkin kerana keletihan membuat berbagai kerja semalam, mungkin kerana kesejukan atau mungkin kerana Rissa?, seribu macam kemungkinan.
Dalam keadaan yang sunyi sebegini macam-macam perkara yang terlintas difikiranku, teringat aku pada kejadian sehari sebelum semalam....aku dan Aida bercadang membuat karipap pada pagi khamis yang lalu,selepas berbincang kami putuskan untuk membahagi tugas untuk dibuat di rumah sebelum perjumpaan itu untuk memendekkan masa perjumpaan kami agar lebih cepat dapat menyiapkan karipap, aku menyiapkan inti karipap manakala Aida akan menguli tepung lagipun aku tak berapa biasa menguli tepung untuk karipap biasa aku lebih senang membuat karipap gulung; berlagak.

Pagi khamis seperti yang dijanjikan, aku sudah sedia dengan segala kelengkapan. Sejak awal pagi aku telah menyediakan nasi goreng kampung untuk abang dan Ryan bersarapan dan sekaligus makan tengahari supaya kerjaku bersama Aida tidak diganggu nanti.
Jam sudah menunjukkan pukul 12pm, tapi Aida tak muncul-muncul. Aku mula mencapai telefon dan terus mendail untuk memanggilnya ring...ring....ring..ring...sepi tiada siapa yang menyambut, Arkhhhh...apa sudah jadi pada Aida? ada kecemasan hingga tak sempatkah dia nak menghubungi aku atau telefon dia yang rosak, atau Halim tak benarkan dia ke rumahku atau, atau, atau dan atau.....
Biarkan saja, tunggu dan lihat....macam-macam yang aku rasa di dalam hati geram, marah,keliru, suka pun ada kerana malam itu aku ada tamu akan bertandang bukanlah siapa-siapa cuma keluarga Abang Rosli yang sama-sama berkerja sambilan dengan abang , selain dari pada itu abang menjemput Zakaria sebuah famili yang baru seminggu sampai di Sheffield walaubagaimanapun aku perlu mengediakan juadah makan malam untuk menjamu mereka.
Hampir pukul 2pm telefon rumahku berbunyi...Aida di talian, tanpaku tanya apa-apa...dengan suara yang amat kesal dia meminta maaf berkali-kali kerana dia TERLUPA dengan temujanji kami, tidak cukup dengan itu selepas gagang telefon ku letak, beberapa minit kemudian pintu rumahku diketuk oleh Aida untuk meminta maaf berkali-kali sambil memeluk aku, alah! tak mengapa sekurang-kurangnya dia tahu kesilapannya lagipun ini baru pertama kali kejadian sebegitu, biarkan saja! Satu temujanji baru diputuskan keesokkan harinya.


2 comments:

Anonymous said...

ler silap entry ler pulak,,,ampun maaf di pinta lagi..hehehe aida

Rozie said...

x kisah....sekadar coretan untuk kenangan