CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 16 December 2006

Aku dan Rotherham

Snow...pengalaman pertama ketika kami di Egham - 2002


Biasanya pada hari sabtu sebegini kami sekeluarga tidak tega duduk di rumah sahaja, kami akan keluar mencuci mata sekurang-kurangnya membeli barang-barang dapur di Rotherham. Kami biasanya akan membeli barangan segar seperti sayur-sayuran seminggu sekali..kalau hendak berbelanja lebih kami akan ke ASDA di Handworth , tapi kalau hendak membeli secara alakadar di TESCO Rotherham sudah memadai.Itulah rutin mingguan kami.

Rotherham merupakan sebuah pekan yang sederhana besar, mungkin sebesar pekan Kuala Pilah kalau di Malaysia tetapi lebih meriah dan lengkap serba serbinya...segala-galanya ada di situ, banyak bangunan-bangunan lama yang masih utuh . Seingat aku sepanjang tiga bulan aku di Sheffield, Rotherhamlah tempat kami berjalan-jalan pada hujung minggu malah Bandar Sheffield baruku lawat sekali. Aku senang dengan Rotherham kerana suasananya yang selamat untuk anak-anak,Pusat niaganya terkumpul dalam satu kawasan dan terasing daripada jalanraya yang sibuk.

Hari ini seperti minggu lepas , kami sekeluarga ke Rotherham lagi...alasan ku pada abang nak membeli bahan-bahan untuk membuat karipap, maklumlah esok lusa bisnes karipap frozen aku akan bermula...berdebar juga rasanya sebab selama ini ku tidak pernah ada pengalaman berniaga.

Suasana di Rotherham hari ini agak berbeza , alhamdulillah senang juga kami dapat kan parkir hari ini dan yang menyeronokkan lagi parkir kami cuma tiga langkah sahaja dari pintu masuk ke TESCO... Seperti yang aku jangkakan, keadaan di Rotherham sangat sibuk hari ini...orang ramai asyik membeli belah,maklumlah mereka akan merayakan hari Natal tak lama lagi,cuma tinggal 9 hari sahaja lagi bisikku.

Kami cuma berjalan mundar-mandir di kaki lima kedai,lagipun aku tidak ada sebarang tujuan untuk ke 'Town Centre' Rotherham...aku cuma menemani abang untuk membuat transaksi di 'Nation Wide', tujuanku ke sini cuma hendak membeli tepung di TESCO, selepas abang membuat transaksi kami singgah di 'British Heart Foundation'...sebuah kedai Charity. Kedai itu memang salah satu kedai favorite kami kerana barang-barangnya murah, maklumlah kedai second hand...sambil membeli kami menderma.

Banyak perkara yang memeranjatkan berlaku di Rotherham hari ini, sesekali kedengaran suara riuh rendah di kaki lima jalan dan ketawa kecil anak-anak kerana asyik bermain snow buatan manusia daripada buih sabun yang sengaja dipancutkan melalui corong getah elektrik di laluan siar kaki, cantik!!! memang cantik...terasa seperti 'real', Ryan pun tidak melepaskan peluang menangkap dan bermain dengan 'snow' manakala Rissa cuma memerhatikan saja dari dalam kereta sorongnya...lagipun Ryan mungkin dah lupa pengalaman bermain snow suatu ketika dulu semasa kami tinggal di Egham.

Selang beberapa minit kemudian Perarakan kereta Rusa bersama Santa Clause melalui kawasan tersebut, orang semakin ramai mengerumuni kawasan tersebut terutamanya kanak-kanak.Alamak!! aku terlupa membawa kamera....kesal rasanya, tapi tak mengapa...minggu depan pasti lagi meriah dan aku mesti datang lagi, aku cuba memujuk hati.

0 comments: